Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

51) PENGANGGURAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-Iangkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan negeri di dalam menangani masalah pengangguran di negeri Selangor, terutamanya kepada anak negeri.

  2. Adakah kerajaan negeri mempunyai pendekatan, atau mewujudkan peluang pekerjaan atau apa cara yang sewajarnya untuk membendungnya.

52) PENUBUHAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Apakah sebenarnya tujuan penubuhan PeBT ini?

  2. Kenapakah program-program PeST banyak menjuruskan kepada program-program yang telah banyak dilaksanakan oleh NGO-NGO yang lain seperti kempen Go Green dan sebagainya?

  3. Adakah PeST tidak langsung terfikir untuk membelanjakan wang sebanyak RM2.8 juta untuk mendekati golongan belia yang bermasalah atau berisiko tinggi dengan membuat program-program pemulihan? Adakah PeST ini dijadikan sekadar untuk mengkaderkan kader demonstrasi jalanan?

56) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Sehingga Jun 2011 berapakah jumlah nilai pelaburan tempatan dan asing yang telah datang melabur di Negeri Selangor ?

  2. Apakah tiga sektor dan bidang pilihan utama pelabur tempatan dan asing?

  3. Berapakah jumlah nilai sasaran dan jangkaan pelaburan yang akan diterima Selangor tahun 2011?

  4. `

59) PELANCONGAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan untuk membangunkan dan menaiktaraf pantai Batu Laut untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan peranginan?

  2. Apakah usaha-usaha yang telah dilaksanakan dan perancangan akan dating untuk menjadikan pertanian dan Industri Kecil dan Sederhana sebagai tarikan "agro tourism" di kawasan Tanjung Sepal.