Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
1) STRATEGI KERAJAAN NEGERI DALAM MENINGKATKAN HASIL NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha dan strategi Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil negeri yang signifikan pada masa hadapan?
2) VAN DRT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi perkhidmatan van DRT dari Kerajaan Selangor setakat ini?
3) PRESTASI PERDAGANGAN NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah penjelasan Kerajaan Negeri terhadap prestasi perdagangan Negeri Selangor yang merudum sebanyak 6.8% untuk lapan bulan pertama 2023 dan mencatatkan trade deficit sebanyak RM63 bilion?
4) PEMASANGAN LAMPU SOLAR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria lokasi yang dipilih untuk pemasangan lampu solar?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperluas pemasangan lampu solar di seluruh negeri terutama di kawasan luar bandar?
-
Bagaimanakah pemantauan terhadap penyelenggaraan lampu jalan dibuat oleh JKR terutamanya bagi jalan-jalan utama negeri?
5) PENYELENGGARAAN SAMPAH DUN DUSUN TUA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Tapak pembuangan sampah yang tidak sesuai, jarak 20 meter dari sungai mengundang pencemaran. Apakah langkah segera pihak berwajib?
-
Ketiadaan tong sampah di kawasan komersial menyebabkan peniaga membuang sampah di kawasan kampung, apakah langkah penyelesaian pihak berwajib?
6) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program Hijrah Selangor?
-
Berapakah jumlah terkini peminjam dan hutang tertunggak mengikut daerah?
-
Nyatakan kejayaan Usahawan Anak Negeri yang boleh dibanggakan di Negeri Selangor?
7) MISKIN TEGAR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kawasan yang terdapat populasi miskin tegar yang tinggi di Negeri Selangor.
-
Apakah tindakan yang intervensi yang telah dilakukan Kerajaan Negeri setelah mengenal pasti masalah miskin tegar di sesebuah kawasan?
8) PRESTASI ILTIZAM SIHAT SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Program Iltizam Sihat Selangor (ISS) telah dijalankan sejak tahun 2017, bermula dengan Skim Peduli Sihat dahulu. Nyatakan prestasi ISS setelah dijalankan selama 5 tahun.
-
Nyatakan jumlah penerima serta keluarga ISS yang layak setakat ini.
9) MEMUPUK KEHARMONIAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perpaduan
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan bagi memupuk keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat?
10) PERUNTUKAN KEPADA PIHAK JPS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Adakah peruntukan disediakan kepada pihak (JPS) untuk memperbaiki longkang-longkang yang tersumbat dan rosak teruk dan menyebabkan penambahan peratusan pesakit-pesakit denggi dalam DUN Selat Klang?