Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

101) JOM SHOPPING PERAYAAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan akan mempertimbangkan nilai baucar JSP perayaan dapat dikurangkan supaya dapat tambah kuota yang sedia ada?

102) AGENDA PEMBERDAYAAN WANITA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan perlaksanaan dasar dan pelan tindakan Pembangunan Wanita Selangor sejak 2020?

  2. Berkenaan akademi kepimpinan wanita, apakah nilai tambah dan perancangan masa depan peserta AKW?

  3. Apakah perancangan meningkatkan maruah dan ekonomi ibu tunggal?

103) PROJEK LOJI INSINERATOR SISA KEPADA TENAGA (WTE)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut


  1. Apakah proses yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memilih syarikat YTL Power sebagai rakan kongsi KDEB Waste bagi projek loji insinerator sisa kepada tenaga (WTE) ? Apakah jaminan KDEB Waste tidak akan ditelan oleh YTL berdasarkan saiz kewangan kedua-dua syarikat?

104) APAKAH PROGRAM KETERJAMINAN MAKANAN DI SELANGOR SELAIN DARIPADA PADI?

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut


  1. Apakah jenis makanan yang menjadi fokus dan dimanakah lokasinya?

  2. Bilakah program (a) di atas bermula dan apakah tahap pencapaiannya kini?

105) INFRASTRUKTUR SUKAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyediakan Stadium Mini yang merangkumi gelanggang bola jaring, bola tampar, futsal, badminton dan lain-lain di DUN Kajang?

106) 100,000 KERJA GAJI TINGGI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan cara bagaimana Kerajaan Negeri akan memenuhi manifesto untuk menawarkan 100,000 gaji tinggi kepada anak muda.

  2. Sila definisikan 'gaji tinggi'.

107) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan indeks kualiti air seperti yang dikelaskan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk sungai-sungai di Negeri Selangor bagi tahun 2018 sehingga 2023.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk melestarikan sungai-sungai di Negeri Selangor terutamanya Sungai Klang?

108) EAST COAST RAIL LINE (ECRL)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut


  1. Perjelaskan Jajaran ECRL ‘Section 9' khususnya yang melalui daerah Klang dan bilangan penduduk yang terlibat.

  2. Apakah telah diadakan taklimat bersama penduduk yang terlibat?

  3. Bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu keluarga yang terlibat mendapatkan rumah seperti kenyataan media YAB Menteri Besar?

109) TALIAN HAYAT SELAMAT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Berapa bilangan panggilan yang diterima oleh talian hayat SELamat dari Januari-September 2023?

  2. Nyatakan bilangan tenaga kerja dan jumlah peruntukan yang digunakan untuk tahun 2023.

  3. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mewarwarkan talian hayat SELamat?

110) PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan bulanan dan tahunan terkini yang telah ditetapkan untuk Ahli Dewan Negeri Kerajaan dan Ahli Dewan Negeri Pembangkang?