Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

111) SKIM PERUMAHAN “RENT TO OWN” DI PENEMPATAN BERDAYA HUNI LUAR BANDAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah tak diwujudkan skim perumahan "Rent To Own" untuk penempatan berdaya huni di luar bandar khususnya di Tanjong Karang?

112) PELABURAN BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif yang dilakukan untuk menarik pelabur luar bagi merancakkan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Negeri Selangor?

113) PELANCONGAN PERINDUSTRIAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan berhasrat untuk membangunkan pelancongan perindustrian yang berskala seluruh negeri?

  2. Jika ada, adakah satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan di bawah Selangor Tourism untuk mengkaji strategi terhadap cara pelancongan yang baru ini? Bagaimanakah ADN-ADN yang berminat menyumbangkan idea dan usaha?

114) PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN DI KAWASAN PEMBANGUNAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan PBT untuk memastikan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan dan lebih efektif bagi mengatasi jalan-jalan yang rosak dan kotor akibat penggunaan kenderaan berat bagi projek pembangunan di seluruh Negeri Selangor?

  2. Apakah jenis kompaun yang boleh dikenakan oleh PBT?

115) PERATURAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan bagi mempermudahkan urusan pendaftaran sekolah-sekolah agama swasta di Selangor, khususnya bagi sekolah-sekolah yang ditolak pendaftaran kerana bangunannya tidak memenuhi spesifikasi Pihak Berkuasa Tempatan?

116) PEMBANGUNAN BELIA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kadar pengangguran belia antara tahun 2018-2023?

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani isu pengangguran belia?

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha kerjasama dengan pihak syarikat swasta/ badan kerajaan untuk mengambil pekerja OKU terutama bagi golongan belia?

117) RUMAH-RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan serta peranan Kerajaan Negeri terhadap pemulihan rumah-rumah terbengkalai di Negeri Selangor?

  2. Apakah bantuan baik bentuk kewangan mahupun khidmat nasihat guaman yang disalurkan kepada para pembeli terbabit dalam projek rumah terbengkalai?

118) SUKAN TRADISI DAN SUKAN RAKYAT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula sukan tradisi dan sukan rakyat?

  2. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi sukan tradisi dan sukan rakyat?

  3. Adakah peruntukan untuk kemudahan sukan tradisi dan sukan rakyat seperti pembinaan gelanggang gasing dan lain-lain?

119) SISTEM PERPARITAN DI PAYA JARAS, KUBU GAJAH DAN MERBAU SEMPAK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut


  1. Agensi mana yang bertanggungjawab menyelenggara sistem perparitan di kawasan ini?

  2. Jelaskan sistem jadual kekerapan penyelenggaraan perparitan di kawasan tersebut?

  3. Berapakah tempoh maksima kitaran penyelenggaraan sistem perparitan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan?

120) MASJID KOTA DAMANSARA 2

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Mulut


  1. Bilakan projek Masjid Kota Damansara 2 akan mula dibina?

  2. Apakah punca kelewatan projek ini berjalan?

  3. Berapakah jumlah kutipan telah kumpul bagi projek pembinaan masjid Kota Damansara 2 ini?