Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

121) BAJET BEBAS PLASTIK DIKUMPULKAN KERAJAAN NEGERI DIBERI SEMULA PADA PBT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bajet Program Bebas Plastik yang diberi semula pada setiap PBT sejak tahun 2020 sehingga kini.

  2. Adakah Kempen Bebas Plastik mencapai matlamat dan berkesan?

  3. Adakah sebarang statistik yang boleh membuktikan Kempen Bebas Plastik berkesan dan berjaya sepanjang masa ini?

122) PARAS GARIS KEMISKINAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut


  1. Apakah paras garis kemiskinan semasa di Selangor?

  2. Bilakah tarikh akhir Kerajaan Negeri menyemak paras garis kemiskinan sediaada?

  3. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan rakyat khususnya kakitangan awam Negeri Selangor melepasi paras garis kemiskinan rakyat Selangor?

123) TANAH DAN HUTAN SIMPAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana prosuder pengeluaran permit kegunaan untuk aktiviti pertanian di hutan simpan?

  2. Adakah kerajaan membenarkan hutan simpan boleh dipajak oleh mana-mana individu atau agensi? (Pajak atas pajak)

  3. Adakah kerajaan boleh memberi kebenaran menduduki hutan simpan tujuan penternakan atau pertanian?

124) PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut


  1. Cadangan penguatkuasaan penggunaan perkhidmatan Bas Smart Selangor yang dikhususkan hanya pada warga tempatan.

  2. Penambah baikan laluan Bas Smart Selangor pada hentian kawasan-kawasan pelancongan, Pejabat Pentadbiran Daerah, pejabat-pejabat agensi serta klinik kesihatan khususnya di DUN Sungai Pelek.

125) PERJANJIAN DAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) UNTUK PEMAJU PERUMAHAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Dengan pembangunan yang dibawa oleh pemaju ke Bandar Puncak Alam hari ini, tidak semuanya mematuhi syarat-syarat penyelenggaraan kemudahan awam di sekitar. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mengetatkan syarat perjanjian dengan pemaju, atau sekadar menekankan pematuhan SOP sedia ada?

126) PERKHIDMATAN DAN KEBAJIKAN GURU KAFA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menyerap guru KAFA sebagai penjawat awam secara tetap atau kontrak di bawah skim perkhidmatan negeri?

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjamin atau menjaga kebajikan guru KAFA di Selangor?

127) SKIM INSURANS HAYAT SELANGOR (INSAN)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos kerajaan bagi Skim Insurans INSAN sehingga hari ini?

  2. Bolehkah skim ini diperluaskan untuk meliputi penyakit kritikal dan hospitalisasi?

128) LEMBU LIAR BERKELIARAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu lembu berkeliaran khususnya di jalan raya sekitar Kuala Selangor?

  2. Berapakah jumlah inisiatif menangkap lembu liar yang telah pun dilaksanakan oleh PBT di Daerah Kuala Selangor?

129) PENYELENGGARAAN JALAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisatif yang dilakukan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap jalan yang rosak di Negeri Selangor sentiasa dilakukan penampalan dengan sempurna dan dengan kadar segera?

130) BANTUAN PENDIDIKAN ANAK OKU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu anak OKU selepas sekolah menengah rendah atas dan khasnya di peringkat IPT?

  2. Apakah program untuk membawa perubahan kepada OKU khasnya yang berumur 13-21 tahun?

  3. Nyatakan jika kerajaan berhasrat untuk Penempatan Pekerja OKU (Job Placement).