Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

131) INTERNET DAN TALIAN KOMUNIKASI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menaik taraf dan memperkasakan jaringan internet dan liputan talian komunikasi di kawasan luar bandar?

  2. Berapakah dana yang diperuntukkan untuk menaik taraf dan memperkasakan jaringan internet dan talian komunikasi di kawasan Batang Kali?

132) TAWARAN PEMBELIAN TANAH DENGAN HARGA RENDAH KEPADA ADUN/KAKITANGAN KERAJAAN KELAS A

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Kaji selidik oleh rakyat mendapati ramai kakitangan kelas A dan ahli politik dapat memiliki rumah dan tanah apabila bersara.
    Soalan : Adakah ganjaran seperti tanah ditawarkan dengan harga rendah dari harga pasaran kepada mereka sebagai mengenang jasa mereka dipraktikkan?

133) PENYELARASAN SEMULA KUOTA PROGRAM BINGKAS DAN PEDULI SIHAT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula kuota BINGKAS dan Peduli Sihat disebabkan penambahan pengundi setiap DUN?

  2. Bilakah Kerajaan Negeri akan meningkatkan kuota BINGKAS di DUN Pelabuhan Klang daripada 337 penerima kepada 506 penerima setelah jumlah pengundi kini berjumlah 51,907?

134) STATUS PEMASANGAN SOLAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pemasangan solar atas bumbung di bangunan-bangunan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan?

  2. Berapa bangunan Kerajaan Negeri yang masih belum dipasang solar?

135) PENYELENGGARAAN SALIRAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kekerapan penyelenggaraan sungai, parit dan saliran dilakukan di DUN Meru?

  2. Berapakah peruntukan bagi penyelenggaraan tersebut mengikut daerah dan berapakah perbelanjaan digunakan untuk kawasan DUN Meru?

  3. Adakah perancangan untuk menambah kekerapan penyelenggaraan bagi mengatasi masalah banjir kilat di DUN Meru?

136) PEKERJAAN SEKTOR GIG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut


  1. Mohon nyatakan data pekerjaan sektor GIG.

  2. Agensi mana yang terlibat dalam memantau dan menyelaras kumpulan sektor ini?

137) MENGUPAYAKAN SYARIKAT TEMPATAN DALAM RANTAIAN BEKALAN GLOBAL INDUSTRI AEROANGKASA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu syarikat Aeroangkasa tempatan meningkatkan keupayaan di dalam rantaian bekalan global dan seterusnya berpotensi menjadi pembekal utama (Tier 1) kepada syarikat global OEM Aeroangkasa?

138) PERLOMBONGAN PASIR SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Adakah Dasar Perlombongan Pasir Selangor masih lagi dipatuhi apabila pengurusannya diletakkan di bawah kendalian Kumpulan SEMESTA Sdn. Bhd. (KSSB)?

139) PREMIS PERNIAGAAN WARGA ASING

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memperkemaskan undang-undang sedia ada bagi menangani masalah ini? Seksyen 101 (1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dilihat mempunyai loop hole bagi PBT mengambil tindakan tegas terhadap permasalahan ini.

140) AGENDA KESAN PERUBAHAN IKLIM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan pantai dan pelabuhan di Selangor yang terkesan dengan perubuhan iklim.

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri agar warga Selangor cakna perubahan iklim memandangkan kesan perubahan iklim yang semakin dirasai di Malaysia?