Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

151) PERKHIDMATAN BAS SELANGORKU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan statistik bilangan pengguna perkhidmatan Bas Selangorku yang dulu dikenali Bas Smart Selangor mengikut daerah dan warganegara atau bukan warganegara sejak ianya diperkenalkan.

  2. Nyatakan juga kos keseluruhan penyelenggaraan dan sejauh mana manfaat yang diperolehi khususnya oleh rakyat negeri Selangor.

152) INISIATIF RODA DARUL EHSAN (RIDE)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Berapa peruntukan yang digunakan untuk RIDE sejak pelancarannya?

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu Rider P-Hailing untuk mencapai mobiliti sosial?

  3. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan peralihan kepada E-Motosikal antara Rider P-Hailing?

153) LANJUTAN PROJEK SEUMPAMA SABDA KE KUALA SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut


  1. Jika di Sabak Bernam diadakan projek khas seperti SABDA, mengapakah di kawasan Tanjong Karang tiada pembangunan khusus sebegitu diadakan?

154) KESEDARAN MENGENAI PROGRAM SEHAT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah program SEHAT berjaya memberi kesedaran dalam membantu warga Selangor yang menghadapi masalah kesihatan mental?

155) BAIK SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. BAIK Selangor merupakan program membangunkan ekonomi kampung baru, adakah kerajaan berhasrat untuk meneruskan dan mengembangkan program ini untuk mempromosikan buatan tempatan seperti menjadikan buatan tempatan cenderamata pelancongan tempatan?

  2. Jika ada, apakah strategi pihak kerajaan?

156) ISU PENAMBAHBAIKAN JALAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan agensi-agensi yang terlibat dengan penyelenggaraan jalan raya khususnya ke atas jalan-jalan yang rosak, berlubang dan tidak diselenggara dengan baik di beberapa kawasan di Selangor?

  2. Berapa banyakkah peruntukan yang disediakan untuk tujuan ini?

157) SAUDARA BARU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kes pemelukan Islam yang telah direkodkan dalam tempoh 5 tahun dan berapa jumlah permohonan keluar Islam serta berapa kes yang berjaya?

158) PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif dan usaha Kerajaan Negeri dalam perkara pembasmian kemiskinan dan keberkesanannya?

  2. Sejauh manakah kadar kemiskinan yang terkini selepas pelaksanaan program inisiatif peduli rakyat oleh Kerajaan Negeri antara tahun 2018 hingga 2023?

  3. Adakah masalah jurang perbezaan kemiskinan dapat dikurangkan?

159) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan berhasrat untuk melihat semula Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor setelah 8 tahun?

  2. Apakah fokus dan mekanisme serta hala tuju baru kerajaan terhadap pengangkutan awam?

  3. Bagaimana model Selangor Mobility dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam?

160) RUMAH SELANGORKU MORIB

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini mengenai Rumah Selangorku Morib?

  2. Apakah tindakan penyelesaian Kerajaan Negeri mengenai Rumah Selangorku Morib seperti tempoh siap untuk diduduki oleh pembeli?

  3. Adakah masih ada projek Rumah Selangoku di Kuala Langat khususnya di DUN Morib dan minta disenaraikan?