Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

161) MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah MITS baharu yang dibina sejak tahun 2020?

  2. Berapakah jumlah terkini guru-guru kontrak yang berkhidmat di MITS?

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyerapkan guru-guru kontrak ke jawatan tetap?

162) JALAN TERPUTUS DI PERSIARAN CAKERAWALA DAN PERSIARAN ATMOSFERA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Mulut


  1. Bilakah projek jalan antara persiaran cakerawala dan Persiaran Atmosfera ke Kwasa Damansara ini akan di bina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Subang Bistari?

163) PROGRAM KHUSUS WARGA EMAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut


  1. Apakah program-program baharu yang bakal dilakukan untuk golongan warga emas yang kian bertambah di seluruh Selangor?

  2. Adakah penglibatan warga emas dalam program sedia ada ini makin bertambah?

164) SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah pemohon Skim Kesihatan Wanita Selangor (MammoSel) mengikut pecahan DUN.

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menurunkan kelayakan had umur skim ini?

  3. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan skim seperti ini untuk kesihatan kaum lelaki?

165) MPKK DAN KETUA BLOK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut


  1. Adakah amalan lantikan Pengerusi MPKK dan Ketua mengikut kuota parti masih releven di negeri maju ini?

  2. Bagaimana kerajaan menilai kompitensi MPKK dan Ketua Blok?

166) PERANCANGAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk pembangunan pelancongan di kawasan-kawasan yang berpotensi di Negeri Selangor seperti DUN Sungai Pelek?

167) PEMASYHURAN PERMAINAN TRADISIONAL WAU CAGAT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri dalam menggiatkan dan mempromosikan permainan tradisional wau cagat di Selangor khususnya Jeram sebagai tempat kelahiran permainan ini?

168) STATUS JALAN FT54

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut


  1. Bilakah penyerahan Jalan FT54 kepada JKR Kuala Selangor akan dibuat?

  2. Apakah status penyelenggaraan jalan, rumput dan perparitan di sepanjang Jalan FT54?

  3. Siapakah yang bertanggungjawab menyelenggara rumput dan perparitan di Jalan FT54 sebelum penyerahan kepada JKR dibuat?

169) PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos bajet eletrik bagi agensi Negeri Selangor untuk setahun?

  2. Apakah inisiatif untuk letak panel solar di semua agensi/ bangunan kerajaan di Negeri Selangor bagi mengurangkan kos elektrik atau menjana hasil pendapatan baru?

170) SKIM INSURANS HAYAT SELANGOR (INSAN)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut


  1. Apakah respon kerajaan berkenaan kebocoran data peribadi terkait skim INSAN ini?

  2. Berapakah jumlah sebenar pencarum skim INSAN ini yang mendaftar secara sukarela?