Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

181) STATUS PERMOHONAN MASJID BARU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut


  1. Apakah status permohonan DUN Selat Klang kepada Kerajaan Negeri untuk membangunkan masjid baru bagi menggantikan Surau Al-Falah di Kampung Sungai Sireh yang dijadikan masjid setiap kali solat jumaat untuk menampung penduduk jemaah-jemaah di Kampung Sungai Sireh?

182) PEMBUANGAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah tan sisa pepejal bagi PBT Sabak Bernam?

  2. Apakah kerajaan mempunyai perancangan yang lebih efisyen bagi menangani permasalahan sisa pepejal di Panchang Bedena Sabak Bernam?

183) JUALAN EHSAN SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan telah digunakan bagi menjalankan program Jualan Ehsan Selangor?

  2. Apakah perancangan jangka masa panjang bagi meneruskan program Jualan Ehsan Selangor?

184) BEG PLASTIK DAN STRAW PLASTIK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Bilakah kerajaan akan melaksanakan sifar beg plastik dan straw plastik?

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dapat menggalakkan rakyat Selangor untuk menggunakan beg kitar semula dan straw kitar semula?

185) LIPUTAN INTERNET

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut


  1. Apakah solusi pihak kerajaan untuk atasi capaian internet di kawasan perumahan baharu dan luar bandar?

  2. Apakah perancangan kerajaan untuk pemasangan infrastruktur 5G di Negeri Selangor?

186) PEMBANGUNAN STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah terdapat perbezaan dalam spesifikasi tender pembangunan semula Stadium Shah Alam yang tertera dalam RFP MBI untuk tidak melaksanakan ‘land swap' berbanding keputusan kerajaan baru-baru ini yang meluluskan pelaksanaan ‘land swap' yang setara dengan kos projek bernilai RM3.28 bilion?

187) APAKAH ADA HALANGAN UNTUK PIHAK BERKUASA NEGERI DAN/ATAU PBT MENGGUBAL PERATURAN MENGENAI PENJUALAN ‘LIQUOR’ DAN ‘BEER’?

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut


  1. Apakah sudah ada mana-mana PBT di mana-mana negeri di Malaysia yang sudah mewujudkan peraturan mengenai penjualan ‘liqour' atau ‘beer' dan bagaimana bentuknya?

188) PEMBINAAN IPT DALAM PROJEK PEMBANGUNAN SERANTAU BERSEPADU SELATAN SELANGOR (IDRISS) DI SUNGAI PELEK, SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini tanah seluas 100 ekar untuk pembangunan Kolej Universiti New Era tersebut?

  2. Memandangkan IPT tersebut ditaja sepenuhnya oleh Komuniti, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan sumbangan khas untuk pembinaan IPT ini?

189) STATUS PEMBINAAN SUMBER AIR ALTERNATIF

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan status pembinaan sumber air alternatif di LRA Sungai Selangor 1, 2, 3 dan LRA Sungai Semenyih.

190) MASALAH DENGGI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut


  1. Apakah statistik denggi di Negeri Selangor bagi tahun 2022 dan 2023?

  2. Apakah langkah yang telah di ambil Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah denggi?