Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

191) MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (MITS)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor(MITS) dan jumlah pelajar MITS di bawah penyeliaan JAIS sekarang?

  2. Apakah ada cadangan untuk menambah MITS ini dan di mana?

  3. Berapakah jumlah bilangan guru dan status perjawatan mereka?

192) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS), TEAM SELANGOR DAN SUKARELAWAN SELANGOR (SERVE)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan "differentiation" antara PeBS, Team Selangor, dan SERVE. Berapa peruntukan yang digunakan oleh ketiga-tiga program dalam tahun 2023?

  2. Apakah peranan SERVE semasa keadaan tiada banjir?

193) CAJ PARKING BERBAYAR DI LUAR BANDAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk mengecualikan caj parking PBT bagi daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam?

194) PERSEDIAAN BENCANA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut


  1. Apakah persediaan Kerajaan Negeri Selangor di dalam pembukaan PPS (Pusat Pindahan Sementara)?

  2. Apakah tahap persediaan Kerajaan Negeri Selangor di dalam pengagihan bantuan segera kepada mangsa banjir?

195) PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan berniat menyusun semula struktur organisasi Pusat Wanita Berdaya supaya ia lebih berkesan untuk memperkasakan wanita setempat?

  2. Apakah usaha lain yang akan dilakukan untuk membangunkan wanita Selangor?

196) PROJEK TERBENGKALAI LEBUH RAYA MEX II

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut


  1. Projek lebuhraya MEX II sepanjang 18 km dari Putrajaya ke FT26 lebuh raya KLIA bermula dari 2016 dan dijangka siap pada akhir 2019 tetapi sehingga kini projek ini masih tergendala dan menjadi punca banjir lumpur. Apakah usaha untuk selesaikan isu?

197) RIQAB

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut


  1. Berapakah golongan Riqab yang telah dikenal pasti di Negeri Selangor?

  2. Apakah tempoh yang diperlukan oleh institusi di bawah MAIS dan NGO untuk mengeluarkan golongan Riqab daripada kategori asnaf?

198) GEOPARK GOMBAK-HULU LANGAT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini usaha kerajaan untuk mendapatkan pengiktirafan peringkat UNESCO Global Geopark bagi jajaran Geopark Gombak-Hulu Langat?

  2. Apakah impak positif kepada Kerajaan Negeri melalui pengiktirafan Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai Geopark Kebangsaan Ke-7 Negara baru-baru ini?

199) TARIF AIR SELANGOR ISTIMEWA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban bil air untuk para penghuni pangsapuri perkhidmatan yang berstatus OKU, warga emas tidak berpendapatan?

200) GOLONGAN MISKIN TEGAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah golongan miskin tegar di Negeri Selangor?

  2. Apakah bantuan dan peruntukan yang diberikan kepada mereka?

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah miskin tegar di Negeri Selangor?