Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

211) MASALAH SAMPAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah sampah yang berkumpul dan berlonggok di kawasan jalan dan perumahan, terutama di bandar-bandar utama?

212) SISTEM TRAFIK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut


  1. Apakah pelan terkini bagi penambahbaikan Sistem Trafik di Kota Kemuning?

  2. Apakah perbincangan terkini bagi isu infrastruktur jambatan tambahan/ jalan alternatif kepada penduduk Kota Kemuning dan Bukit Rimau ke arah kesas?

  3. Nyatakan pelan untuk mengatasi kesesakan trafik di lebuh raya kesas.

213) TEKNOLOGI DAN PERALATAN BENCANA TANAH RUNTUH/ MENDAP

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyediakan peralatan berteknologi tinggi untuk mengesan pergerakan awal tanah untuk mencegah berlakunya kejadian tanah runtuh atau mendap di kawasan yang berpotensi tinggi dan sederhana di Selangor khususnya di Hulu Selangor dan Batang Kali?

214) SAMPAH HARAM DI TAPAK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG PENDAMAR, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pihak yang membuang sampah secara haram di tapak Sekolah Menengah Kampung Pendamar?

  2. Bilakah PTG akan memulihkan semula tanah tersebut yang sehingga kini masih belum dipulihkan sehingga menyebabkan kacau ganggu terhadap penduduk setempat?

215) PJD LINK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini cadangan lebuh raya PJD-Link?

  2. Adakah pihak syarikat ada membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri?

216) PROGRAM BINGKAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut


  1. Adakah terdapat sebarang kuota khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) serta ibu bapa kepada anak istimewa untuk BINGKAS?

  2. Adakah terdapat sebarang perancangan untuk menambah kuota BINGKAS?

217) BANJIR KILAT DI DUSUN TUA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut


  1. Kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang tersumbat. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak JPS dan PBT dalam menangani isu perparitan, pengairan dan saliran?

  2. Mohon kaji pembinaan longkang yang lebih bersistematik.

218) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah program-program flagship yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu syarikat-syarikat di Selangor mendapat manfaat optimum daripada CPTPP yang telah diratifikasi oleh Malaysia?

219) PUSAT PELANCONGAN ANTARABANGSA DI TAMAN ALAM KUALA SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini pembangunan Pusat Pelancongan Antarabangsa di Taman Alam Kuala Selangor?

  2. Berapakah dapatan hasil secara langsung kepada Negeri Selangor?

220) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memperkemaskan Penggerak Belia Selangor pada tahun 2024 untuk lebih aktif dan lebih tersusun?