Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

221) PEMBINAAN JALAN KERETAPI DI KAWASAN TAMAN SUNGAI SIREH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk penduduk-penduduk Taman Sungai Sireh seramai 89 keluarga yang mana rumah mereka akan dirobohkan tidak lama lagi untuk pembinaan jalan keretapi yang akan di bina oleh ECRL?

222) STATUS PENYELENGGARAAN PARIT OLEH JPS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut


  1. Kenapa penyelenggaraan tidak mengikut jadual yang sepatutnya?

223) AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN KEBERSIHAN AWAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Apakah pandangan Kerajaan Negeri untuk menandatangi Akta 672?

  2. Apakah kelebihan dan kekurangan jika menandatangi Akta 672?

  3. Apakah peranan Kerajaan Negeri sekiranya telah menandatangi akta ini?

224) KUNCI AIR JALAN PAPAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Adakah JPS akan memasangkan pam di kunci air Jalan Papan memandangkan kawasan pekan Pandamaran sering berlaku banjir kilat?

225) KAKITANGAN PBT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kakitangan kontrak di PBT yang telah diserap tetap sejak 2020?

  2. Apakah usaha yang dilaksanakan agar baki kakitangan kontrak boleh diserap menjadi kakitangan tetap?

  3. Bolehkah PBT yang berkemampuan menyerap kesemua kakitangan kontrak menjadi tetap sekiranya mampu?

226) SUMBANGAN NEGERI SELANGOR KEPADA KDNK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah sumbangan Negeri Selangor kepada KDNK negara bagi tahun 2022 dan apakah ianya telah mula mencapai indikator yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bagi mencapai matlamat sumbangan 30% menjelang 2025?

227) BILAKAH BERAS MULA DIBELI DAN DIKUMPULKAN OLEH PKPS BAGI MELAKSANAKAN JUALAN EHSAN RAHMAH (JER) UNTUK TAHUN 2023?

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut


  1. Bilakah beras mula dibeli dan dikumpulkan oleh PKPS bagi melaksanakan Jualan Ehsan Rahmah (JER) untuk tahun 2023?

  2. Berapakah harga belian dan harga jualan bagi 1 kilogram?

228) KEADAAN LONGKANG L SHAPE SUNGAI JELOK BERSEBELAHAN PASAR KAJANG YANG SUDAH ROSAK DAN MENJEJASKAN GERAI-GERAI DI TEPI SUNGAI TERSEBUT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengukuhkan tebing sungai yang kini membahayakan gerai-gerai di sekitar?

  2. Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri terhadap longkang L Shape yang rosak di Sungai Jelok ini?

229) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Apakah status penggubalan garis panduan pengubahsuaian rumah teres kepada asrama pelajar?

230) PERLAKSANAAN PROGRAM INSAN SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peserta yang telah di pra-daftar, peserta yang telah dicarum serta jumlah tuntutan insurans yang telah dibayar untuk program INSAN?

  2. Berapakah jumlah kos yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat insurans semenjak skim INSAN diperkenalkan?