Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

231) ISU JALAN BERLUBANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif kerajaan untuk memastikan penampalan yang sempurna dan segera setiap jalan rosak di Negeri Selangor?

  2. Berapakah jumlah aduan berkenaan kes ‘Pot Hole' yang diterima di setiap daerah dari tahun 2018 hingga 2023?

  3. Apakah punca utama yang menyebabkan jalan rosak?

232) BIASISWA SELANGOR BITARA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramai penerima BITARA sejak pelancaran dan peratus yang tamat pengajian?

  2. Senaraikan bidang pengajian dan universiti yang paling ramai penerima biasiswa.

  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menarik penerima BITARA untuk pulang dan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja di Selangor?

233) STATUS PELAKSANAAN MANIFESTO SELANGOR PRU-14

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah Manifesto Selangor PRU-14 yang lalu yang masih belum dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri (Pakatan Harapan)?

  2. Adakah kerajaan merancang untuk mempercepatkan pelaksanaan manifesto yang masih belum terlaksana khususnya melibatkan kos sara hidup dan keterjaminan makanan?

234) RUANG PARKIR DI PEJABAT TANAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut


  1. Saya mendapat maklum balas rakan-rakan Ampang yang menyatakan terdapat parkir khas kepada ADN sehingga 10 slot di Pejabat Tanah, bolehkah ia dibuka kepada awam memandangkan ADN tidak kerap ke premis tersebut?

235) PROGRAM ANAK SELANGOR SIHAT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan terperinci pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan golongan sasaran bagi program Anak Selangor Sihat (ASAS) mendapat manfaat program dan adakah kajian terperinci masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak di Selangor ada dijalankan?

236) ISU GERAI PENIAGA KECIL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan peniaga kecil disediakan tempat perniagaan yang sesuai bagi menjamin peniaga dapat meneruskan perniagaan mereka?

  2. Apakah tindakan penguatkuasa PBT kepada peniaga warga asing supaya perniagaan orang tempatan tidak dialibabakan?

237) FASILITI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai perancangan untuk menambah baik fasiliti di Mahkamah Rendah Syariah di setiap daerah, khususnya Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat yang semakin uzur dan banyak kerosakan fasiliti berlaku?

238) PELANCONGAN EKO-PELANCONGAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan dalam pembangunan sektor Eko-Pelancongan?

  2. Berapa jumlah peruntukan yang telah digunakan dalam usaha membangunkan sektor Eko-Pelancongan?

  3. Apakah status pembangunan Pulau Angsa dan Taman Alam Kuala Selangor sebagai hub Eko-Pelancongan dan perancangan bagi "Long-Term Sustainability"?

239) STESEN/ ALAT PENGECAS EV

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini tentang inisiatif atau usaha Kerajaan Negeri dalam pemasangan stesen/ alat pengecas EV?

  2. Setakat ini, berapakah jumlah stesen/ alat pengecas EV yang telah direkodkan mengikut PBT?

240) PEMBANGUNAN PANTAI MORIB DAN KELANANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini pembangunan Pantai Morib dan Pantai Kelanang?

  2. Apakah pembangunan yang telah dibuat dan sedang dibuat dan akan dibuat di Pantai Morib dan Pantai Kelanang?