Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

241) PENDIDIKAN TINGGI UIS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut


  1. Selepas dinaik taraf, apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu UIS?

  2. Berapakah jumlah peruntukan tahunan untuk pengurusan yang disalurkan untuk UIS mulai tahun 2021?

  3. Berapakah jumlah pelajar UIS yang menerima biasiswa/ pinjaman pendidikan Kerajaan Negeri Selangor mulai 2021?

242) PENGANGKUTAN AWAM – BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut


  1. Apakah frekuensi perjalanan Bas Smart Selangor di kawasan DUN Teratai?

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaikkan frekuensi perjalanan bas dan membanyakkan lagi tempat-tempat menunggu bas di kawasan/ fasiliti Kerajaan Negeri?

243) PENAMBAHAN GURU KAFA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan Guru Kafa SRA di seluruh Selangor?

  2. Berapakah bilangan Guru Kafa SRA tambahan tahun ini?

  3. Berapakah peruntukan yang telah digunakan untuk usaha penambahan guru kafa SRA untuk tahun ini?

244) ISU PENIAGA PASAR SUNGAI HAJI DORANI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut


  1. Bila tarikh papan tanda pasar Sungai Haji Dorani akan dipasang?

  2. Apakah perancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah pasar Sungai Haji Dorani yang semakin hari pengunjung dan pembeli berkurang?

245) STATUS JALAN B48 SEPANG JENDERAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut


  1. Apakah penjelasan status pembangunan Jalan B48 Sepang Jenderam Fasa 2 dibawah JKR Negeri Selangor?

246) TINDAKAN PENYELESAIAN MASALAH GANGGUAN HAIWAN LIAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Apakah bentuk-bentuk tindakan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah haiwan liar seperti monyet, burung layang-layang, anjing dan ular yang berterusan mengganggu penduduk di kawasan-kawasan perumahan dan perkampungan khasnya di daerah Kuala Selangor?

247) MASALAH BANJIR DI DUN IJOK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh bagi menangani isu banjir khususnya di DUN Ijok?

  2. Apakah inisiatif semasa yang dijalankan Kerajaan Negeri bagi menangani isu banjir di DUN Ijok sementara menunggu rancangan tersebut siap?

248) KESIHATAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan digunakan untuk Iltizam Selangor Sihat?

  2. Memperkenalkan rawatan pencegahan penyakit yang berisiko tinggi dalam kalangan wanita seperti mammogram dan pap smear berkesan.

  3. Adakah kerajaan dapat menaikkan kos rawatan dari RM500 kepada RM1000 memandangkan inflasi perubatan?

249) INSAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah terdapat begitu banyak percanggahan maklumat oleh Kerajaan Negeri dalam memberikan penjelasan berkenaan skim insurans INSAN, terutama dalam soal pendaftaran polisi?

250) KESINAMBUNGAN KEPADA SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut


  1. Apakah pelan terkini bagi penambah baikan sistem pengangkutan awam, di kawasan DUN Kota Kemuning selain dari bas percuma?

  2. Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan pengangkutan awam seperti bas percuma dari kawasan DUN Kota Kemuning ke LRT terdekat dan kawasan industri?