Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

251) MELINDUNGI HAK DAN PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI RAKYAT DI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang di ambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk melindungi maklumat peribadi pemohon-pemohon insentif dan program-program kerajaan di Selangor agar tidak di salah gunakan?

252) PROJEK MENAIKTARAF JALAN B148 TELOK GONG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini projek menaik taraf jalan utama B148 sepanjang 6km bermula dari Glenmarie Cove sehingga Persiaran Jalan Ikan Tenggiri?

  2. Berapa lamakah anggaran masa projek tersebut dapat disiapkan?

253) SMUE

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Secara purata, berapakah permohonan SMUE yang diluluskan setiap hari untuk tahun 2023?

  2. Berapakah permohonan SMUE yang masih menunggu semakan atau kelulusan di peringkat YAWAS?

254) PENYUSUNAN GERAI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Majlis Perbandaran Klang untuk menyusun semula gerai-gerai di sekitar DUN Meru yang tidak strategik dan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas?

  2. Sejauhmanakah tindakan penguatkuasaan dijalankan oleh Majlis Perbandaran Klang bagi membendung penyalahgunaan lesen perniagaan warga tempatan oleh warga asing?

255) PROGRAM BINGKAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah penerima BINGKAS di DUN Dusun Tua?

  2. Bagaimanakah kaedah pengagihan kuota BINGKAS di setiap DUN?

256) PERUSAHAAN MIKRO KECIL DAN SEDERHANA UNTUK MENINGKATKAN NILAI EKSPORT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana Kerajaan Negeri dapat membantu PMKS di Negeri Selangor untuk meningkatkan nilai eksport memandangkan pada tahun 2022, jumlah yang disumbangkan oleh PMKS hanya 10% daripada jumlah nilai eksport Malaysia?

257) HASIL BERAS JELAPANG PADI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini pengeluaran hasil beras jelapang padi Negeri Selangor?

  2. Apakah perancangan terkini pihak Kerajaan Negeri bagi menjamin hasil padi dapat dipertingkatkan untuk kecukupan keperluan rakyat di dalam Negeri Selangor?

258) INFRASTRUKTUR JKR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada JKR dari 2018-2023.

  2. Mengapakah tahap jalan-jalan, lampu, longkang yang dibawah kawal selia JKR sangat tidak memuaskan dan berbahaya? Adakah disebabkan kekangan kewangan untuk menyelenggara atau masalah pihak kontaktor?

259) STATUS JALAN DARI JAMBATAN KE 3 KE LALUAN JALAN SUNGAI BERTIH MENUJU KE LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pembinaan jalan raya daripada jambatan ke 3 (Jambatan Raja Nala) melalui jalan Sungai Bertih menuju ke laluan lebuh raya persekutuan dalam DUN Selat Klang?

260) KAWASAN PENANAMAN PADI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah lot tanah yang sudah tidak diusahakan untuk penanaman padi bagi tahun 2023?

  2. Apakah insentif yang Kerajaan Negeri berikan kepada petani bagi meningkatkan pendapatan?