Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

261) KEBERSIHAN TEMPAT AWAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan kebersihan di kawasan pelancongan adalah dalam keadaan tahap yang memuaskan?

  2. Apakah tindakan kerajaan bagi menambah baik aspek kebersihan premis yang diiktiraf sebagai "Kurang Bersih" ataupun grad C?

262) KUNCI AIR TELOK GADONG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Adakah JPS akan menaik taraf pam yang sedia ada di kunci air Telok Gadong kepada "screw pump"?

263) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut


  1. Apakah kriteria menetapkan tanah bagi RIBI bukan islam di setiap pembangunan perumahan baharu?

  2. Berapakah RIBI yang masih belum dilaksanakan pemutihan?

  3. Berapakah jumlah tanah yang diwartakan untuk RIBI sehingga 2023?

264) PROJEK SELANGOR MARITIME GATEWAY

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut


  1. Apakah status kelulusan Kebenaran Merancang daripada PBT untuk projek pembangunan 2,000 unit rumah mampu milik dalam Projek Selangor Maritime Gateway dan apakah ulasan yang diberikan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berhubung projek tersebut?

265) BANYAK MANAKAH KELUASAN TANAH YANG TERLIBAT DALAM PROJEK SELANGOR MARITIM GATEWAY?

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut


  1. Banyak manakah tanah milik kerajaan dan tanah milik orang awam akan terlibat?

  2. Apakah asset tanah menjadi cagaran bagi projek tersebut, dan banyak mana?

266) PENGUMPULAN MAKLUMAT ISU SETEMPAT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan insentif dan KPI kepada penjawat awam yang menyalurkan maklumat yang membahayakan keselamatan awam seperti jalan berlubang, pokok mati, dahan patah dll kepada pihak PBT?

  2. Selepas maklumat isu setempat diterima, berapa lama Kerajaan Negeri
    menyelesaikannya?

267) PENGGUNAAN KEDIAMAN SEBAGAI RUANG HIBURAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendirian Kerajaan Negeri berkenaan salah guna kediaman sebagai ruang hiburan yang membawa kacau ganggu?

  2. Sila nyatakan bilangan kes yang berjaya dikuatkuasa dan cara penguatkuasaannya bagi setiap Majlis.

  3. Apakah penambahbaikan kepada undang-undang atau pentadbiran yang diperlukan untuk menangani isu ini?

268) HOSPITAL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi membina sebuah hospital kerajaan di kawasan Petaling Jaya bagi menampung kekurangan dan mengatasi kesesakan yang dihadapi di Hospital Shah Alam dan yang lain-lain?

269) STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos untuk pembinaan stadium yang baru dan kemudahan yang disediakan?

  2. Berapakah kos dan manfaat dalam pembinaan Stadium Shah Alam, sila bentangkan secara terperinci?

  3. Dari mana dan bagaimanakah projek ini akan dibiayai?

270) AGENDA NEGERI RENDAH KARBON

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pelaksanaan Kerangka Bandar Rendah Karbon (LCCF) terkini? Berapa PBT yang telah mulakan dasar dan pelaksanaan?

  2. Nyatakan KPI LCCF dan status pencapaian/ prestasi terkini.

  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan kawasan baru membantu mencapai sasaran LCCF?