Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

271) AKSES KEPADA ILTIZAM RAKYAT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah inisiatif Iltizam Rakyat yang bagus pada dasarnya tetapi tidak mesra untuk diakses dan dipohon, terutama bagi permohonan oleh golongan yang kurang mahir dengan IT dan berusia?

272) PERSEDIAAN BENCANA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggunakan teknologi terkini bagi mengenal pasti kawasan-kawasan yang berisiko untuk menghadapi bencana seperti banjir, cerun dan kawasan berpotensi menghadapi tanah runtuh?

273) LOJI WASTE-TO-ENERGY

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kerajaan Selangor boleh memberi jaminan kepada rakyat Selangor bahawa peralihan kepada loji Waste-to-Energy akan membawa lebih banyak faedah daripada kemudaratan dengan mengambil kira faktor persekitaran dan ekonomi?

274) PROJEK PEMBANGUNAN STADIUM BARU SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan berkenaan projek pembinaan stadium baru Selangor yang menggantikan Stadium Shah Alam?

  2. Berapakah kos yang terlibat?

275) GARIS PANDUAN KONSERT ARTIS DARI LUAR NEGARA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut


  1. Apakah terdapat sebarang garis panduan dari Kerajaan Negeri berkenaan pelaksanaan konsert artis luar negara di Negeri Selangor bagi memastikan ianya tidak melanggar batas kesopanan dan budaya ketimuran?

276) PERUBAHAN IKLIM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif yang telah Kerajaan Negeri lakukan berkaitan dalam menangani isu perubahan iklim?

  2. Apakah ketersediaan Kerajaan Negeri dari segi piawaian komunikasi dan koordinisasi sewaktu sesuatu kejadian berlaku akibat daripada perubahan iklim?

277) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pelantikan PeBS?

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji penambahan anggota PeBS setiap DUN sebagai langkah memperkasa peranan belia dalam melaksanakan agenda pembangunan di peringkat akar umbi?

278) IKATAN AMANAH/ LOT LIDI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan jalan penyelesaian bagi isu ikatan amanah ataupun 'lot lidi' di Selangor?

  2. Apakah tindakan yang dikenakan kepada pemaju dan pembeli 'lot lidi' yang melanggar syarat pembinaan dan pembangunan?

  3. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menjalankan pemutihan bagi 'lot lidi' ini?

279) TEROWONG YANG MENGHUBUNGKAN JALAN MATANG PAGAR – TAMAN IMPIAN INDAH, SUNGAI BULOH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut


  1. Siapakah pihak yang bertanggungjawab menyelenggara jalan dan terowong tersebut?

  2. Berapakah jumlah kekerapan jalan tersebut diselenggara setiap tahun mulai tahun 2019 sehingga 2023?

  3. Apakah langkah berkesan daripada Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu masih belum lagi diatasi sehingga sekarang?

280) LONGGOKAN WARGA ASING TIDAK BERDAFTAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri mengatasi kemasukan warga asing tidak berdaftar, terutama sekali di kawasan DUN Teratai dan di DUN sekitar yang semakin bertambah?