Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

291) AIR SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah rizab margin bekalan air Selangor untuk 10 tahun yang lepas?

  2. Apakah unjuran rizab margin bekalan air Selangor untuk 10 tahun akan datang?

292) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini pemutihan kilang-kilang haram di kawasan Majlis Perbandaran Klang?

293) MASALAH KOMPAUN SAMAN PARKING DI TAMAN ORKID (ALAM JAYA) DUN DUSUN TUA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut


  1. Mengapa penduduk disaman kompoun kerana parking di dalam kawasan rumah kedai? Penduduk menghuni unit rumah diatas kedai dan tiada parking khusus.

  2. Majoriti penghuni adalah warga emas dan tiada pendapatan tetap. Harap PBT dapat mengambil langkah menyelesaikan isu ini.

294) PEMBANGUNAN KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Berapakah anggaran kos keseluruhan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam dan apakah komponen pembangunan? Dimanakah tanah-tanah yang terlibat dengan pertukaran tanah (land swapping) bagi membiayai kos projek KSSA?

295) PROJEK ‘SELANGOR MARITIME GATEWAY’ (SMG)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini projek 'Selangor Maritime Gateway' (SMG)?

  2. Berapakah jumlah kos yang telah dibelanjakan bagi tujuan mendalamkan serta pembersihan Sungai Klang sehingga kini?

  3. Apakah tahap kualiti air Sungai Klang terkini?

296) MASALAH DENGGI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah deman denggi yang sedang meningkat jumlahnya di kawasan Selat Klang khasnya dan di Negeri Selangor amnya?

297) PEMBANGUNAN JALAN KAMPUNG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut


  1. Berapa peruntukan kos membaiki jalan-jalan kampung Sabak Bernam untuk tahun 2023?

  2. Apakah kekangan kerajaan sehingga masih gagal untuk memasang lampu jalan di kawasan penting?

298) NODE HIGHWAY

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan perkembangan kini berkenaan pembinaan NODE Highway.

299) PARIT BARU DI PANGSAPURI KOS RENDAH TAMAN CHI LIUNG PANDAMARAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Bilakah projek pembinaan baru parit di Pangsapuri Kos Rendah Taman Chi Liung Pandamaran akan dijalankan untuk menyelesaikan isu banjir kilat di Taman Chi Liung, Pandamaran?

  2. Nyatakan sebab-sebab kelewatan kelulusan projek tersebut.

300) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut


  1. Apakah pencapaian Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) sehingga kini?

  2. Berapakah hasil yang dijangka diperoleh dari kilang haram yang masih belum dibuat pemutihan?

  3. Adakah akan dibuat penempatan semula kilang haram sekiranya perniagaan mereka menyumbangkan hasil negeri?