Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

301) SKIM INSURAN HAYAT SELANGOR (INSAN)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut


  1. Apakah proses serta kriteria pemilihan syarikat Waypay Fintech sebagai penyedia perkhidmatan Skim Insuran Hayat Selangor (INSAN) berbanding anak-anak syarikat negeri yang lebih berpengalaman dalam bidang insuran seperti PNSB dan Selgate Corporation?

302) BERAPA RAMAIKAH SUDAH MENYERTAI SKIM INSURANS SELANGOR (INSAN) SEHINGGA HARI INI?

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut


  1. Apakah nama syarikat yang mengurus dan yang membiayainya, dan bagaimanakah syarikat tersebut dipilih?

  2. Mengapakah ada penama yang tidak memohon tetapi menjadi peserta skim itu?

303) KEKURANGAN TAPAK RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI) DI BANDAR MAHKOTA CHERAS (BMC) DAN SUNGAI LONG, KAJANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan tapak-tapak RIBI yang berada di kawasan BMC dan Sungai Long, Kajang.

  2. BMC dan Sungai Long merupakan kawasan yang sangat luas, namun hanya dua tapak RIBI sahaja disediakan. Adakah kawasan lapang yang tidak digunapakai boleh ditukar kegunaan kepada tapak RIBI?

304) MELONGGARKAN SYARAT-SYARAT PENUBUHAN TASKA DAN PUSAT PENJAGAAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Syarat-syarat yang susah dicapai (contoh: rumah penjuru) bagi taska dan pusat penjagaan menjadikan banyak premis tidak didaftar dengan JKM dan Majlis. Adakah Selangor bersedia melonggarkan syarat-syarat tertentu tanpa menjejaskan keselamatan supaya lebih mesra pengusaha kecil?

305) AGENDA KESAN PERUBAHAN IKLIM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut


  1. Cabaran perubahan iklim yang sedang dihadapi global turut memberi kesan kepada negeri Selangor. Apakah usaha dan langkah yang sedang diambil Kerajaan Negeri bagi menghadapi cabaran ini?

306) TAPAK SAMPAH HARAM DI KAMPUNG SUNGAI SERDANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah isu tapak pelupusan sampah haram wujud sekian lama tanpa tindakan berkesan di Kampung Sungai Serdang?

  2. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan sampah haram yang telah menggunung dibersihkan?

  3. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dari Mei 2023 hingga sekarang?

307) SELANGOR MENTAL SEHAT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Berapa bilangan pengguna Selangor Mental Sehat setakat September 2023?

  2. Berapakah slot rawatan Insentif Subsidi Rawatan Psikiatri yang telah digunakan dan peruntukan yang dibelanjakan setakat September 2023?

308) KESAN RANTAIAN EKONOMI OLEH PENINGKATAN CUKAI SST 8%

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut


  1. Kenaikan cukai SST 8% bagi sektor perkhidmatan akan datang, berkemungkinan besar akan mengakibatkan kesan rantaian ekonomi yang menghimpit rakyat. Apakah langkah Kerajaan Selangor untuk menghadapi perkara ini?

309) PREMIS PERNIAGAAN WARGA ASING DI LEMBAH JAYA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan Kerajaan Tempatan seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya dalam mengambil inisiatif utama untuk membanteras premis perniagaan pendatang asing tanpa lesen?

310) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Berapa tapak pembuangan sampah haram yang didapati sekitar kawasan DUN Seri Kembangan sejak tahun 2020? Sila nyatakan lokasi, keluasan tanah dan tarikh sita (jika berkaitan).

  2. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap operator dan pemilik tanah tapak-tapak ini?