Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

311) KERJASAMA ADN DENGAN PBT DAN PDT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri berkenaan jemputan kepada Ahli Dewan Negeri Pembangkang ke mesyuarat-mesyuarat bulanan PBT dan PDT?

312) MENGGUBAL SEKSYEN 117

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan mempunyai sebarang usaha untuk menggubal Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 bagi membenarkan ibu bapa seorang anak di bawah umur 18 tahun mengislamkan anaknya secara sepihak?

313) KESIHATAN AWAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah Program Saring telah berjaya dalam memupuk kesedaran penjagaan kesihatan bagi penyakit kronik?

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani isu kesihatan mental dan keberkesanannya?

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memperluaskan pembiayaan perkhidmatan kesihatan mental?

314) PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut


  1. Apakah pencapaian dan kejayaan MySel sejak penubuhannya dalam membantu pemohon-pemohon kewarganegaraan Malaysia?

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan?

315) SRA TAMAN KEMUNING BANTING

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah masalah dan alasan cadangan bangunan baru Taman Kemuning Banting yang tergendala sehingga kini?

  2. Berapakah kos keseluruhan cadangan pembinaan SRA Taman Kemuning Banting?

  3. Bilakah dijangka akan dibina dan disiapkan sepenuhnya?

316) MASJID AL-HUDA, PAYA JARAS, SUNGAI BULOH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menaik taraf Masjid Al-Huda, Paya Jaras?

  2. Adakah pihak Kerajaan Negeri membuat Road Safety Audit (RSA) di jalan tersebut?

  3. Bilakah persimpangan dan lampu isyarat untuk laluan masuk ke masjid tersebut dapat dilaksanakan?

317) KAJI SEMULA PROGRAM SMUE

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut


  1. Apakah program SMUE akan dikaji semula untuk melibatkan sekali bantuan perubatan?

  2. Apakah program SMUE akan dikaji semula untuk menambah baikkan bantuan kepada warga emas?

318) CCTV UNTUK KESELAMATAN WANITA DAN KANAK KANAK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah manifesto pemasangan CCTV boleh memastikan keselamatan rakyat Selangor terutama wanita dan kanak-kanak lebih terjamin?

  2. Bagaimanakah kuota pemasangan CCTV di dalam dan luar bandar ditentukan?

  3. Bagaimana pula dengan perlaksanaan dan pemantauan operasi CCTV itu nanti?

319) PADI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana Kerajaan Negeri berperanan membantu petani berkaitan harga padi yang turun?

  2. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah keluasan tanah pertanian untuk penanaman padi?

  3. Bagaimana Kerajaan Negeri mengurus tanah-tanah pertanian (sawah) yang di tanam selain tanaman padi dan dijadikan homestay?

320) STATUS PEMBINAAN JALAN PINTASAN HULU CHUCHOH KE KLIA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini pembinaan jalan pintasan Hulu Chuchoh ke KLIA yang melalui tanah milik MAB?