Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

331) KEDUDUKAN KEWANGAN AIR SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah pelan strategik Kerajaan Negeri untuk menyelamatkan Air Selangor yang berada dalam kedudukan kewangan yang kritikal? Bilakah Kerajaan Negeri akan menaikkan kadar tarif air?

332) PROGRAM SKIM INSURAN AM SELANGOR (INSAN)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini program INSAN sehingga kini?

  2. Berapakah jumlah pencarum yang memilih dengan caruman takaful patuh syariah?

333) PEKERJA ASING

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri berkenaan untuk menangani masalah pekerja-pekerja asing yang sedang menghuni bangunan-bangunan pangsapuri di Bandar Sultan Sulaiman yang banyak membawa masalah sosial di kawasan tersebut?

334) INFRASTRUKTUR JALAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan maklumat projek yang telah dilaksanakan bawah program Mega Turapan.

  2. Adakah pemasangan lampu solar negeri akan diteruskan?

335) INSAN SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah yang telah berjaya berdaftar bagi program INSAN Selangor.

  2. Nyatakan jumlah yang telah menerima pampasan bagi tahun 2022 dan 2023.

336) AGENSI PENERANGAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut


  1. Apakah agensi penerangan milik kerajaan yang telah diwujudkan setakat ini?

  2. Adakah pihak kerajaan pernah menjalankan survey/ kajian capaian penerangan yang dilaksanakan?

  3. Apakah usaha meningkatkan capaian penerangan agar semua rakyat mengetahui inisiatif yang kerajaan laksanakan?

337) AIR SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha holistik Kerajaan Negeri melalui Air Selangor untuk mengelakkan masalah paip pecah di kawasan Prima Sri Gombak dan apakah jaminan masalah ini tidak akan berulang?

338) APAKAH TINDAKAN JABATAN VATERINAR TERHADAP ADUAN LEMBU DAN KERBAU BERKELIARAN DI SESUATU TEMPAT SEHINGGA MENGGANGGU KEHIDUPAN DAN TANAMAN PENDUDUK?

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Veterinar terhadap aduan lembu kerbau berkeliaran di kawasan Sungai Ramal Luar bagi tahun 2018 hingga 2023?

339) KEADAAN BANJIR DI KAWASAN BUKIT DUKUNG, KAJANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan risiko banjir di Bukit Dukung?

  2. Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Projek MRT telah ditubuhkan di peringkat PBT sejak tahun 2013. Adakah jawatankuasa ini berkesan? Kerana banjir masih lagi berlaku selepas pembinaan MRT tersebut.

340) MENCEGAH BANJIR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah kawasan hotspot banjir yang ada di seluruh Negeri Selangor dan apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi menghadapi cabaran banjir yang turut terjadi akibat perubahan iklim.