Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

341) PENJUALAN MINUMAN KERAS TANPA BERLESEN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah serius penjualan minuman keras di premis tidak berlesen?

  2. Nyatakan statistik bilangan premis yang menjual minuman keras tanpa lesen mengikut daerah dalam tempoh 2018 sehingga kini.

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi isu diatas?

342) TESLA DI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan status kemasukan syarikat Tesla ke Selangor.

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran dan bergaji tinggi dengan kemasukan Tesla?

  3. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan terdapat "knowledge and technology transfer" melalui kemasukan Tesla?

343) PERUNTUKAN KEPADA ADN PEMBANGKANG DAN KERAJAAN LEWAT UMUM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah peruntukan kepada ADN pembangkang dan kerajaan serta penyelaras lambat diumumkan? Ini mengakibatkan kerja-kerja pembangunan rakyat terganggu.

344) PENCEMARAN AIR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan terbaru Selangor dalam usaha menghalang pencemaran air?

345) PEMASANGAN PANEL SOLAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan status Kerajaan Negeri dalam pemasangan panel solar di bangunan kerajaan.

346) PENYELENGGARAAN PERPARITAN DAN SALIRAN AIR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah pemantauan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu penyelenggaraan, pembersihan perparitan dan saliran air dengan masalah dipenuhi dengan penumbuhan rumput liar dan sampah sarap?

  2. Apakah langkah yang diambil oleh PBT dalam menyelesaikan isu ini?

347) WAKAF

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha yang telah dilakukan dan perancangan masa hadapan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasakan institusi wakaf untuk manfaat rakyat?

348) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan yang telah digunakan dalam pembangunan kemudahan infrastuktur di sekitar kawasan kampung baru antara tahun 2018-2023?

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi penyaluran peruntukan kecemasan untuk membaikpulih kemudahan infrastuktur yang rosak akibat bencana alam mahupun musim air pasang surut laut?

349) BANTUAN BENCANA BANJIR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut


  1. Apakah bentuk bantuan yang disediakan kepada para mangsa yang sering terbabit dalam bencana banjir?

350) PEMBINAAN DEWAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri memberikan kebenaran dan menyediakan peruntukan kepada pihak masjid yang ingin membina dewan orang ramai ditapak kawasan masjid?

  2. Apakah syarat-syarat dalam permohonan membina dewan ini?