Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

361) GANTI RUGI KEROSAKAN INFRASTRUKTUR/PERABOT JALAN MILIK JKR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah tuntutan ganti rugi yang telah dituntut oleh pihak JKR terhadap pihak ketiga yang merosakkan infrastruktur/ perabot jalan disebabkan oleh kemalangan jalanraya?

  2. Apakah cabaran yang dihadapi oleh pihak JKR dalam usaha untuk menuntut ganti rugi tersebut?

362) DIVIDEN DARIPADA SYARIKAT MILIK KERAJAAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Sila butirkan semua dividen yang diterima oleh syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor untuk 5 tahun yang lepas?

  2. Apakah "return on equity" Kerajaan Negeri ke atas syarikat miliknya?

363) SAMPAH HARAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut


  1. DUN Meru menghadapi masalah sampah haram yang berterusan. Bagaimanakah pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Klang bagi mengatasi masalah ini?

  2. Berapakah bilangan kamera litar (CCTV) yang telah dipasang di kawasan hotspot sampah haram di DUN Meru?

364) MASALAH KELEWATAN PERKHIDMATAN BAS AWAM MENYUKARKAN PELAJAR SEKOLAH (5 PETANG – 7 PETANG)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut


  1. Ramai pelajar sekolah yang terkandas sehingga sekitar 9 malam akibat kelewatan bas awam menimbulkan kerisauan ibu bapa. Apakah solusi yang boleh dikemukakan oleh pihak berwajib?

  2. Mohon diadakan kemudahan Bas Smart Selangor bagi pengangkutan pelajar sekolah di dalam DUN Dusun Tua.

365) PROGRAM INSAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah rasional MBI membeli pegangan ekuiti bukan majoriti 49% dalam Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd untuk melaksanakan initiatif gerbang pembayaran digital dan bilakah diluluskan pendaftaran sebagai Third Party Healthcare Administrator bagi dilantik sebagai pengendali perkhidmatan program INSAN?

366) KOMPLEKS SUKAN DAN STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini pembangunan Kompleks Sukan dan Stadium Shah Alam?

  2. Apakah pertimbangan rasional bagi menjustifikasikan perobohan struktur stadium yang masih kukuh?

367) BANTUAN NELAYAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri boleh memberikan bantuan kepada melayan-nelayan di dalam DUN Selat Klang dengan memperbaiki dan membina jeti-jeti untuk memudahkan para nelayan melakukan aktiviti-aktiviti perikanan dan untuk memunggah tangkapan mereka agar lebih selesa dan selamat?

368) LIPUTAN TELCO DAN 5G

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peratusan kawasan liputan 5G di Selangor?

  2. Bagaimana Kerajaan Negeri membantu kawasan yang tidak mempunyai liputan telco?

369) CARUMAN PARIT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat mengecualikan caruman parit bagi permohonan dari pihak sekolah?

  2. Nyatakan sebab-sebab jika tidak.

370) SELANGOR MARITIME GATEWAY (SMG)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jangkaan unit perumahan yang akan dihasilkan melalui usaha program SMG?

  2. Berapakah jangkaan kapasiti air hujan yang boleh ditampung melalui pendalaman sungai?

  3. Berapakah jangkaan hasil yang diperoleh dari pembangunan perumahan melalui cukai?