Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

371) PEMBANGUNAN PERUMAHAN PKNS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut


  1. Berapakah harga jualan purata bagi setiap unit rumah yang dibangunkan oleh PKNS berdasarkan hasil (revenue) dalam penyata kewangan PKNS pada tahun 2021 dan 2022 dan berapakah jumlah unit rumah yang dijual pada harga di bawah RM250 ribu?

372) APAKAH PROGRAM-PROGRAM ILTIZAM SELANGOR YANG DISAMPAIKAN KEPADA RAKYAT SELANGOR DALAM TEMPOH PILIHANRAYA KE-15?

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut


  1. Dalam tempoh kempen PRU Parlimen 2022?

  2. Dalam tempoh kempen PRU Negeri Selangor 2023?

373) LORI KUARI KELUAR MASUK KE TAPAK KUARI MELALUI JALAN PERSIARAN MAHKOTA 1, BANDAR MAHKOTA CHERAS KAJANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri membenarkan pengusaha kuari ini menggunakan jalan perumahan yang tidak sesuai dijadikan laluan kenderaan berat?

  2. Apakah tindakan yang telah diambil untuk menyelesaikan isu ini kerana lori keluar masuk telah merosakkan jalan dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain?

374) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan berapakah jumlah tapak pelupusan sampah berlesen yang masih beroperasi di Negeri Selangor dan apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk melestarikan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal di Negeri Selangor.

375) KUTIPAN SAMPAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut


  1. Perjelaskan perlaksanaan kutipan sampah secara pintu ke pintu atau lot ke lot bermula 1 Oktober 2023 di semua kampung di bawah Kawasan Majlis Perbandaran Klang sehingga 31 Oktober 2023?

  2. Apakah halangan yang dihadapi?

  3. Apakah penambahbaikan yang akan dibuat kadar segera?

376) DIGITALISASI SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah baik perkhidmatan SMUE melalui digitalisasi?

  2. Apakah kategori barang yang dibenarkan melalui pemberian baucar Jom Shopping?

377) PERUNTUKAN UNTUK AGAMA ISLAM DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut


  1. Jika salah satu diantara 5 Tekad Kerajaan Negeri Selangor ialah "Agama sebagai cahaya dan inspirasi kehidupan bermaruah di Selangor", mengapakah peruntukan untuk agama Islam di Selangor tidak meningkat secara signifikan?

  2. Sedangkan permintaan sekolah agama meningkat di setiap daerah di Selangor.

378) PEMERKASAAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah berkaitan PBT dalam meningkatkan keupayaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dari aspek ekonomi?

379) ANAK ISTIMEWA SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Apakah status penubuhan Yayasan Insan Istimewa Selangor yang telah diumumkan pada Julai 2023?

380) ISU SAMPAH DOMESTIK DAN PUKAL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri berkenaan pengutipan sampah di kampung-kampung tradisi bagi seluruh Selangor khususnya di DUN Dengkil?

  2. Adakah penduduk yang membayar cukai tanah tidak mendapat perkhidmatan pengurusan sampah seperti di kawasan-kawasan perumahan yang ditadbir bawah PBT khususnya di DUN Dengkil?