Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

381) LIBERAL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri selangor untuk menangani isu Islam liberal?

  2. Bagaimana Kerajaan Negeri memanfaatkan jaringan bersama NGO dalam menangani isu-isu Islam liberal di Negeri Selangor?

382) PEMBANGUNAN WANITA SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri yang telah dilaksanakan dalam perkara pembangunan wanita antara tahun 2013-2023?

  2. Apakah pendirian dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan penglibatan wanita dalam program pembangunan dan peningkatan tahap sosio ekonomi?

  3. Apakah tahap kejayaan yang dicapai menerusi inisiatif yang dilaksanakan?

383) PELUANG PEKERJAAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif pihak kerajaan dalam isu pekerjaan di Negeri Selangor?

  2. Apakah program yang akan dijalankan dan bantuan kepada mereka yang sedang mencari kerja di Negeri Selangor?

  3. Berapakah jumlah peluang-peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang telah disediakan kepada belia-belia anak Selangor?

384) PERSIARAN SHOREA, SAUJANA UTAMA DAN ELMINA, SUNGAI BULOH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut


  1. Adakah Persiaran Shorea telah diserahkan kepada pihak PBT (MPKS dan MBSA)?

  2. Mengapa kualiti jalan raya di Persiaran Shorea tidak memuaskan?

  3. Apakah tindakan pihak PBT dalam mengatasi isu penyelenggaraan jalan dan lampu di kawasan tersebut?

385) PERUNTUKAN MARRIS KEPADA PBT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan peruntukan Marris yang disalurkan kepada setiap PBT mulai tahun 2020 sehingga 2023.

  2. Apakah kaedah pertimbangan Kerajaan Negeri untuk menyalurkan peruntukan Marris kepada PBT?

386) PENEROKA TANAH KAMPUNG SRI MAKMUR DUN PERMATANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberi pampasan terhadap peneroka-peneroka asal tanah di Sri Makmur DUN Permatang yang telah diminta keluar oleh anak syarikat Kerajaan Negeri bagi tujuan HORAS 3000 yang bakal dibina di atas tanah seluas 4247 ekar tersebut?

387) INFRASTRUKTUR LAMPU DAN JALAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana Kerajaan Negeri meneliti tempat-tempat yang sesuai untuk meletakkan lampu solar (tiang merah kuning)?

  2. Adakah lampu solar tersebut boleh di mohon oleh penduduk setempat?

  3. Mohon penjelasan Kerajaan Negeri berkaitan jalan-jalan di DUN Sungai Panjang yang berubah status selepas dibaik pulih.

388) MASALAH BANJIR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut


  1. Adakah cara penyelesaian atau pendekatan permasalahan banjir Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Selangor yang melibatkan Sungai Labu (RTB)?

  2. Bagaimana penyelarasan diantara Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) untuk mengatasi masalah banjir?

389) SEKATAN TERHADAP ADN PEMBANGKANG MEMASUKI SEKOLAH DAN PREMIS KERAJAAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil sebarang inisiatif untuk membuka laluan bagi semua ADN menabur khidmat di premis-premis kerajaan seperti sekolah dan pusat ibadat tanpa mengira pegangan politik?

390) LEMBU BERKELIARAN DI IJOK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bagi menangani masalah lembu yang berkeliaran di jalan raya khususnya di Ijok?

  2. Nyatakan jumlah tindakan seperti kompaun atau sitaan bagi mengatasi masalah lembu berkeliaran di Ijok.