Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

391) PEMASANGAN KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kamera litar tertutup (CCTV) terdapat di setiap DUN sehingga hari ini?

  2. Berapakah peruntukan bagi penambahan pemasangan CCTV di setiap DUN?

  3. Senaraikan jumlah pengawai penguatkuasa yang ditugaskan tujuan membuat rondaan di kawasan untuk mencegah jenayah sehingga hari ini.

392) DASAR PERLANTIKAN DAN GAJI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut


  1. Apakah halangan utama untuk Kerajaan Negeri melaksanakan dasar gaji RM3000 kepada seluruh kakitangan DUN?

  2. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menukar status kerja kontrak kepada status kerja tetap bagi kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat selama tempoh 10- 15 tahun?

393) MENAIK TARAF JALAN KEBUN DAN KAWASAN KAMPUNG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur jalan di kawasan kampung-kampung tradisi di Batang Kali?

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu membina infrastruktur jalan masuk ke kebun pekebun-pekebun kecil di Selangor?