Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

41) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini capaian program Bas Smart Selangor?

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambah baik program ini?

  3. Adakah terdapat perancangan untuk tidak lagi meneruskan program ini?

42) INFRA KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap hal ehwal kampung tradisi, khasnya berkenaan infra dan penyelenggaraan kawasan?

  2. Adakah peluang untuk serahkan tanah kampung kepada PBT bagi urusan penyelenggaraan?

43) INISIATIF KERAJAAN MEMBANTU GOLONGAN IBU TUNGGAL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu golongan Ibu Tunggal yang tiada pendapatan tetap bagi menampung kesinambungan hidup mereka?

  2. Berapakah jumlah Ibu Tunggal miskin yang berjaya dibantu oleh Kerajaan Negeri mengikut tahun sejak 2021 sehingga bulan Jun 2023?

44) PERUNTUKAN JALAN DUN SUNGAI KANDIS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Namakan jalan-jalan di sekitar DUN Sungai Kandis yang telah mendapat kelulusan peruntukan PBT dan MARRIS untuk menaik taraf jalan-jalan kampung.

45) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR SIHAT (PEDULI SIHAT)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan had siling bayaran rawatan bagi pengguna Kad Peduli Sihat?

  2. Berapakah jumlah penerima Kad Peduli Sihat yang aktif tetapi tidak menggunakan kad tersebut mengikut DUN?

46) TVET

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha dan perbelanjaan Kerajaan Negeri terkini untuk pembangunan TVET?

  2. Berapakah individu yang menerima pendidikan TVET melalui usaha ini setiap tahun untuk 5 tahun yang lepas?

47) PEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA GENERASI MUDA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan institusi keluarga dan ibu bapa dalam kalangan generasi muda di Selangor?

  2. Adakah terdapat sebarang insentif yang disediakan bagi membantu mengurangkan beban kos penjagaan anak yang tinggi dalam kalangan keluarga generasi muda?

48) KEMUDAHAN PADANG AWAM/ SUKAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah status baik pulih padang awam BT 14, Hulu Langat?

  2. Mohon kerajaan menambah Pusat Sukan dan Taman Rekreasi di kawasan DUN Dusun Tua memandangkan kepadatan penduduk yang memerlukan kemudahan kawasan sukan dan rekreasi untuk beriadah.

49) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sejauh mana libat urus diadakan oleh Kerajaan Negeri dengan industri dan komuniti perniagaan di Selangor bagi meningkatkan pemahaman berkaitan RCEP khususnya mengenai aturan tempasal?

50) PROGRAM GENERASI MUDA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah program-program generasi muda yang berjaya dilaksanakan berdasarkan Dasar Belia Selangor 2020 pada penggal yang lalu?