Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

51) MYSEL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah permohonan kewarganegaraan, sijil lahir dan kad pengenalan dalam program MYSEL sepanjang tahun 2023?

  2. Berapa permohonan berjaya daripada jumlah pemohon?

  3. Jika tidak berjaya, apakah sebab utama?

52) TRAGEDI TANAH RUNTUH BATANG KALI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri telah menerima laporan lengkap tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang berlaku pada Disember 2022? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

  2. Status terkini kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan tanah runtuh di Batang Kali.

53) INSENTIF KHAS PARA HUFFAZ

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Mulut


  1. Apakah ada insentif khas kepada para huffaz bagi mengalakkan anak muda atau remaja islam menghafal Al-Quran?

54) MENAMBAH JUMLAH PUNGUTAN SAMPAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri boleh menimbangkan untuk menambah jumlah ke atas pungutan sampah dalam DUN Selat Klang daripada 1 kali sehari kepada 2 kali sehari memandangkan penambahan penduduk dan penambahan pembuangan sampah oleh penduduk-penduduk Selat Klang?

55) STATUS PROJEK SABDA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah projek ini telah dimulakan?

  2. Apakah syarikat dan rakan kongsi yang terlibat dalam projek kilang pemprosesan ikan tuna di Sungai Lang?

56) MOTOR ELEKTRIK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan untuk menggalakkan kegunaan motor elektrik?

  2. Adakah kerajaan merancang untuk wujud laluan khas motor untuk memastikan keselamatan penunggang motosikal? Seperti laluan khas basikal.

  3. Apakah cara kerajaan untuk menggalak kegunaan motor elektrik untuk mengurangkan perlepasan karbon dan kesesakan jalan?

57) TEBATAN BANJIR DI TAMAN SETIA KLANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Adakah MPK akan mengaji untuk menangani masalah banjir kilat di Taman Setia, Klang?

58) KEBAJIKAN PELAJAR UNISEL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramai pelajar UNISEL yang diberhentikan disebabkan masalah kewangan?

  2. Apakah usaha yang dilaksanakan oleh UNISEL untuk membantu pelajar ini?

  3. Berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada UNISEL setiap tahun sejak 2020?

59) MEMARTABAT SEKTOR SUKAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengembang dan mereformasi sektor sukan sebagai industri ekonomi baharu bagi negeri?

60) LANGKAH KERAJAAN BAGI MELINDUNGI UNDANG-UNDANG SYARIAH DARIPADA DICABAR KEABSAHANNYA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah kerajaan bagi melindungi undang-undang syariah daripada dicabar keabsahannya oleh pihak tertentu melalui proses mahkamah?