Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

61) KACAU GANGGU KEPADA JIRAN DISEBABKAN RUMAH KEDIAMAN DIJADIKAN SEBAGAI INAP DESA (HOMESTAY)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut


  1. Adakah terdapat garis panduan atau akta yang boleh diguna pakai bagi isu berkaitan?

  2. Apakah agensi yang kawal selia dan adakah agensi berkenaan mengeluarkan lesen?

  3. Apakah tindakan yang diambil keatas pengusaha Inap Desa yang melakukan aktiviti tanpa kebenaran ini?

62) PENJUALAN LOT BUMI KEPADA BUKAN BUMI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Apakah safeguards yang sedang dipertimbangkan untuk mengelak penjualan lot bumi kepada bukan bumi?

  2. Apakah cara penyelesaian bagi pembeli bukan bumi yang menjadi mangsa oleh kerana pemaju yang salah jual lot bumi kepada mereka?

  3. Apakah status kes USJ One Park?

63) PORTFOLIO ALAM SEKITAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini dan tahap pelaksanaan The Selangor Climate Change Action Plan and Policy 2030?

  2. Apakah status dan tahap keberkesanan fungsi Selangor Climate Change Action Council atau IKLIM Selangor?

64) BANJIR DI SELANGOR DAN DI DAERAH KLANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut


  1. Apakah pihak kerajaan merujuk "Best Practices" untuk mengatasi masalah banjir kilat dan banjir termenung di Selangor?

  2. Sejauh manakah pembersihan parit dilaksanakan mengikut jadual khususnya di daerah Klang?

65) MYSEL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan bilangan permohonan yang diterima sejak Januari 2023 dan bilangan kes yang diselesaikan.

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menambah baik kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mempercepatkan penyelesaikan kes kewarganegaraan?

66) PEMBANGUNAN BOLA SEPAK TEMPATAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan bakat atau industri bola sepak bertaraf tempatan?

67) KEBENARAN OPERASI SEKOLAH AGAMA PERSENDIRIAN DI BANGUNAN KEDAI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut


  1. Mengapa ada PBT-PBT yang mengeluarkan peraturan tidak membenarkan sekolah-sekolah agama persendirian beroperasi di bangunan kedai?

68) MENDEPANI CABARAN WARGA NEGERI MENUA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan strategi dan perancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri Selangor dalam mendepani cabaran warga emas yang semakin meningkat bilangannya setiap tahun.

69) PROJEK TERBENGKALAI RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini tentang projek terbengkalai Rumah Selangorku Residensi Jaya?

  2. Apakah jangka masa untuk menyelesaikan isu ini?

  3. Apakah strategi untuk menangani isu ini?

70) PROJEK TEBATAN BANJIR SUNGAI LANGAT FASA 2

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut


  1. Bolehkah Menteri Besar beri penjelasan berkenaan projek tebatan banjir Sungai Langat FASA 2 yang melibatkan kawasan dari Pekan Dengkil sehingga ke Labohan Dagang dan bila projek ini akan bermula?