Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

71) MENGGUBAL UNDANG-UNDANG ISLAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha yang telah dilakukan Kerajaan Negeri dalam menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya ditubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam di bawah Enakmen Negeri?

72) KEBAJIKAN ORANG ASLI DAN MINORITI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga kebajikan orang asli, melindungi hak tanah orang asli dan memastikan hak adat mereka dihormati dan diiktiraf?

  2. Berapakah peruntukan yang telah disalurkan antara tahun 2018-2023?

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi penambahan peruntukan?

73) SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT SIBS 2023

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pelaburan yang dimeterai semasa SIBS 2023?

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan kemasukan pelaburan membawa nilai tinggi kepada Selangor?

  3. Apakah kemudahan kemudahan yang disediakan bagi memastikan pelaburan yang dimeterai berjaya direalisasikan?

74) PELANCONGAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan masa depan dan yang sedang dilakukan Kerajaan Negeri bagi tempat-tempat pelancongan seperti di Pantai Morib, Pantai Kelanang, Bukit Jugra, Paragliding, Rumah Api Bukit Jugra, Muzium Insitu, Istana Bandar?

75) FUNGSI AHLI MAJLIS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut


  1. Jelaskan kriteria pelantikan seseorang Ahli Majlis di sesebuah kawasan?

  2. Siapakah pihak yang menilai kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh Ahli Majlis yang dilantik?

  3. Bagaimana rakyat mahu menyampaikan maklum balas tentang perkhidmatan Ahli Majlis yang dilantik kepada Kerajaan Negeri?

76) LONGKANG YANG BERTINDIH DI KAMPUNG MELAYU SUBANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak longkang yang tidak dapat dipastikan dbawah penyelenggaraan agensi mana. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan agensi dapat mengambil tanggungjawab terhadap longkang ini?

77) TASKA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan majikan di Negeri Selangor menyediakan taska di tempat kerja?

  2. Apakah penambah baikan terhadap program Asuh Pintar yang telah dilaksanakan sejak dijenamakan semula pada tahun 2018?

78) HYBRID OF RIVER AUGMENTATION SYSTEM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut


  1. Adakah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd telah mengkaji kesesuaian lokasi tapak tapak Hybrid of River Augmentation System?

  2. Bagaimanakah Air Selangor memastikan bekas tapak-tapak lombong mineral ini sesuai untuk denarian loji air terawat untuk kegunaan rakyat Selangor?

79) INSAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut


  1. Apakah INSAN mempunyai syarikat penasihat syariah dan sebutkan nama syarikat tersebut?

80) AGENDA PEMERKASAAN BELIA LUAR BANDAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif untuk melahirkan belia yang produktif, berdaya saing dan sejahtera?

  2. Mohon cadangan penglibatan Majlis Belia Daerah dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah.

  3. Mohon mencadangkan semula Majlis Perundangan Belia di peringkat daerah bagi menyelami suara akar umbi belia.