Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

81) PEMBANGUNAN PANTAI JERAM DAN PANTAI REMIS SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri khususnya EXCO Pelancongan mempunyai perancangan untuk membangunkan Pantai Jeram dan Pantai Remis di Kuala Selangor dan apakah rancangannya?

  2. Apakah status rancangan tersebut setakat hari ini?

  3. Bilakah destinasi pelancongan ini dijadualkan sedia untuk pelancaran?

82) KEMUDAHAN INTERNET JALUR LEBAR KEPADA PENDUDUK LUAR BANDAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri bagi menyediakan kemudahan internet jalur lebar kepada penduduk luar bandar di Selangor?

  2. Senaraikan inisiatif kemudahan internet jalur lebar yang telah dilaksanakan di Ijok bagi tempoh 2020-2023.

83) PENDIDIKAN VOKASIONAL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif untuk mengalakkan anak Selangor untuk memilih TVET (pendidikan, dan latihan teknikal dan vokasional)?

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk meresap graduan TVET ke industri di Negeri Selangor?

84) NAIK TARAF GELANGGANG FUTSAL YANG ROSAK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut


  1. Adakah terdapat had permohonan bagi tujuan baik pulih gelanggang futsal yang telah uzur bagi setiap DUN?

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan kepada PBT bagi tujuan baik pulih prasarana seperti gelanggang futsal ini?

85) PERUMAHAN BAHARU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah kawasan perumahan baharu di DUN Hulu Bernam? Terutama perumahan mampu milik.

86) WARGA EMAS DAN INSAN ISTIMEWA (OKU) B40

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan jangka panjang untuk golongan Warga Emas dan Insan Istimewa (OKU) B40 di Negeri Selangor?

  2. Apakah pendekatan yang dilakukan bagi membantu golongan daif dan B40 selain bantuan am JKM?

  3. Apakah usaha kerajaan untuk mengadakan PAWE di semua DUN/ Daerah?

87) PELAN HALA TUJU STRATEGIK E-DAGANG (NESR)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor membantu golongan muda mengoptimumkan perdapatan e-dagang di luar bandar di Selangor?

  2. Apakah insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk peniaga e-dagang agar berada dalam Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang (NESR)?

88) PEMBAIKAN DEWAN SERBAGUNA PBT DUN SUNGAI KANDIS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Terdapat dewan-dewan serbaguna milik PBT yang dalam keadaan memerlukan pembaikan di sekitar Andalas. Mohon dibuat lawatan dan tindakan segera.

89) PROJEK MENAIKTARAF JALAN FT 3218 KAMPUNG PENDAMAR, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Bilakah pihak JKR akan menaik taraf Jalan FT 3218 Kampung Pendamar daripada 2 lorong kepada 4 lorong memandangkan pertambahan kawasan perumahan dan penduduk di kawasan tersebut sehingga menyebabkan aliran trafik yang tinggi?

90) KERAJAAN DIGITAL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah garis masa untuk membentuk perkhidmatan Kerajaan Negeri Selangor untuk penggal ini?