Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

91) KETERJAMINAN MAKANAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap keterjaminan makanan dan strategi bagi menghadapi krisis bekalan keperluan asas?

  2. Bagaimanakah penggunaan teknologi diterapkan dalam pertanian untuk meningkatkan pengeluaran dan kualiti?

  3. Apakah langkah yang telah dilakukan bagi menggalakkan usahawan pertanian dalam kalangan belia?

92) PENULARAN WABAK DENGGI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri dan PBT dalam menyelesaikan masalah penularan wabak denggi.

  2. Taman Sri Nanding di Dusun Tua menjadi hotspot Nombor 1 kes tertinggi di Malaysia, apakah tindakan berwajib?

93) TATACARA DAN PERATURAN PENGELUARAN PASIR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah justifikasi Kerajaan Negeri memberi kelulusan permit khas bahan batuan 4B/4C kepada Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) untuk mengeluarkan pasir sungai di sepanjang Sungai Klang dan menjual pasir tanpa membayar royalti bahan batuan kepada Pihak Berkuasa Negeri?

94) SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Majoriti bangunan serta prasarana SABK sediaada yang semakin usang, adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menaiktaraf ataupun membina tambahan bangunan di sekolah yang sediaada?

  2. Berdasarkan peningkatan bilangan permohonan murid untuk SABK, apakah kaedah penyelesaian terhadap permohonan yang gagal ke SABK?

95) PROGRAM HIJRAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah bantuan kepada usahawan Hijrah sepanjang tahun 2023?

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkemaskan program bantuan usahawan pada tahun 2024 agar lebih berkesan?

96) HOSPITAL SELGATE RAWANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Status terkini Hospital Selgate Rawang termasuk kos pembinaan setelah bertukar pemaju.

  2. Nyatakan sebab-sebab kelewatan siap bina Hospital Selgate Rawang.

97) PEWARTAAN RUMAH IBADAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan bagi memudahkan pewartaan rumah ibadah?

98) STATUS STRATA TITLE DI FLAT SRI PERANTAU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut


  1. Apakah status permohonan strata title untuk flat-flat Sri Perantau dalam DUN Selat Klang?

99) SKIM LATIHAN PETANI MUDA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut


  1. Apakah bentuk latihan dan insentif kerajaan bagi melahirkan petani moden yang berkemahiran tinggi dalam pertanian sawah padi?

  2. Apakah skim latihan dan insentif ini melibatkan syarikat swasta?

100) PERPADUAN RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perpaduan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana kerajaan mengeratkan perhubungan antara kaum terutamanya di kawasan desa dan kampung?

  2. Bagaimana kerajaan meningkatkan kesedaran rakyat berkenaan perpaduan supaya tidak terpengaruh dengan unsur fitnah dan isu 3R?