Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
81) TANAH ADAT ORANG ASLI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perkampungan orang asli yang telah dan yang belum diwartakan?
-
Bagi yang belum diwartakan,berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk mewartakan sesuatu kawasan?
82) LADANG KERANG DI PERAIRAN SABAK BERNAM
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri telah meluluskan lot - lot kepada pengusaha ladang ternakan kerang di sepanjang perairan sabak bernam khususnya di kawasan sungai air tawar?
-
Berapa banyak kelulusan yang telah dikeluarkan kepada permohonan syarikat, individu atau persatuan nelayan tempatan?
83) PROGRAM KITAR SEMULA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah pusat kitar semula yang masih beroperasi sehingga kini, serta keberkesanannya. senaraikan mengikut jenis?
-
Apakah program kitar semula untuk baja kompas oleh pbt mencapai objektif?
-
Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh komuniti untuk menjana program kitar semula?
84) PEMBANGUNAN USAHAWAN MIKRO PASCA COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah insentif atau bantuan Kerajaan Negeri bagi menggalakkan usahawan mikro, terutamanya yang berniaga dari rumah pasca Covid-19?
85) PENULARAN WABAK COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rakyat Selangor yang terbabit dengan wabak Covid-19?
-
Berapakah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk menangani wabak tersebut?
-
Sejauh mana keberkesanan langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah Covid-19?
86) SISTEM DIGITAL PEJABAT TANAH
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Belanjawan Selangor 2020 telah meluluskan peruntukkan untuk Pejabat Tanah bagi membangunkan satu sistem digital yang akan mengurangkan frod dan kesilapan. Syarikat manakah yang diawad kontrak tersebut?
-
Apakah jumlah yang telah dibelanjakan?
-
Apakah status pelaksanaan setakat ini?
87) KESAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ATAS SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila beri status terkini tentang kedatangan pelancong tempatan dan luar negara ke Selangor untuk suku tahun pertama tahun 2020, berbanding dengan tahun 2019.
-
Apa langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pelancongan tempatan bertambah baik?
88) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG TANPA IZIN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan untuk Program Pemutihan Kilang Tanpa Izin yang sepatutnya berakhir pada 30 Sept 2020? Adakah program ini akan dilanjutkan disebabkan PKP?
89) PERUNTUKAN TEBATAN BANJIR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Bilakah plan mengatasi banjir Meru dengan budget seperti yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri di dalam Belanjawan Selangor 2020 akan dimulakan dan apakah projek mengatasi banjir Meru itu secara spesifik dan khusus?
90) TASKA DAN NURSERI KANAK-KANAK
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memberi sokongan kepada para pengusaha taska dan nurseri kanak-kanak yang terjejas akibat pandemik covid19?
-
Adakah terdapat SOP bagi Taska di rumah atau pengasuh di rumah dalam tempoh PKPP ini?