Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
141) PETANI TERJEJAS AKIBAT COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan semakan terperinci terhadap petani yang terjejas akibat Covid19 dan berapakah jumlah mereka?
-
Nyatakan bantuan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada petani yang terjejas.
142) KESTABILAN POLITIK KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah kesan ADUN Kerajaan yang hilang kepercayaan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri?
-
Apakah tindakan kepada Ahli Majlis yang tidak menyokong Kerajaan Negeri?
-
Adakah krisis ini menganggu kepercayaan pelabur untuk datang ke Selangor?
143) WABAK DENGGI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berikan statistik beserta tarikh jumlah tertinggi kes Denggi baharu dan kematian dalam seminggu yang pernah dicatatkan.
-
Sejauhmanakah keberkesanan usaha pengawalan wabak Denggi di Selangor berdasarkan statistik terkini?
144) PENGURUSAN PELAJAR UNISEL DAN KUIS SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pelajar yang tinggal di kampus sepanjang PKP dan bagaimana pengurusan kebajikan mereka?
-
Berapakah perbelanjaan keseluruhan Kerajaan Negeri untuk menguruskan pelajar ini sepanjang PKP?
145) PARKIR MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kutipan bayaran parkir MDKS sejak ia dilaksanakan sehingga kini?
-
Nyatakan jumlah keseluruhan saman yang telah dikeluarkan dan berapakah peratusan saman dibayar berbanding tidak dibayar?
-
Berapakah jumlah keseluruhan lot parkir yang telah digazetkan oleh MDKS?
146) BONUS AIDILFITRI 2020 PENJAWAT AWAM SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci perbelanjaan keseluruhan, nilai pemberian mengikut gred dan jumlah penerima bonus tersebut.
-
Apakah mekanisma Kerajaan Negeri menentukan jumlah pemberian tersebut?
147) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pemohon skim ini dan jumlah yang telah diluluskan sehingga kini?
-
Nyatakan anggaran perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan skim ini.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan pemilik akaun berkelayakan di luar bandar yang terlepas maklumat juga menerima manfaat skim ini?
148) PENUKARAN PAIP AIR LAMA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kilometer paip air lama yang telah diganti dan yang masih belum lagi diganti.
-
Berapakah kadar NRW terkini mengikut daerah?
149) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah hotspot Wifi Selangorku di kawasan Hulu Bernam.
-
Nyatakan jumlah kos operasi dan baik pulih sistem Wifi Selangorku di kawasan Hulu Bernam.
150) SUMBANGAN CSR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan sumbangan CSR anak syarikat MBI sepanjang Januari sehingga Jun tahun 2020 mengikut kawasan dan jumlah sumbangan.
-
Nyatakan jumlah sumbangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd bagi tahun 2018-2020.