Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
21) TAHAP LITERASI AL-QURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status tahap literasi Al-Quran bagi mereka yang beragama Islam di Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang di ambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kadar tahap literasi Al-Quran Negeri Selangor?
22) PERLESENAN SAMPAN DI KUALA LANGAT DAN SEPANG
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Adakah punca lesen sampan dibekukan ekoran sumber laut berkurangan?
-
Apakah langkah-langkah pihak berwajib memastikan sumber laut sentiasa mencukupi dengan jumlah nelayan yang ada?
-
Senaraikan statistik kompaun yang dikenakan kepada nelayan yang tidak mempunyai lesen ketika aktiviti menangkap ikan.
23) LGBT DAN HIV
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Senarai statistik kesalahan yang dilakukan oleh pelaku-pelaku LGBT yang pernah direkodkan di Negeri Selangor.
-
Apakah langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan budaya sonsang ini tidak menular dalam golongan remaja yang meningkat dewasa?
24) HAKISAN SEPANJANG PANTAI SELAT MELAKA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan peruntukan untuk setiap pantai di Negeri Selangor yang telah diluluskan untuk mengelakkan hakisan ombak.
25) INDUSTRI TERNAKAN AYAM
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah dan senaraikan setiap satu syarikat yang berdaftar untuk menjalankan industri ternakan ayam di DUN Tanjung Sepat?
-
Apakah mekanisme yang dilakukan oleh pihak berwajib untuk tidak memastikan tiada gangguan vektor lalat di sekitar reban-reban ternakan ayam?
-
Apa yang boleh dilakukan oleh orang awam untuk melaporkan masalah kebersihan dan gangguan vektor lalat dari industri ini?
26) PERNIAGAAN ATAS TALIAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana respon pembeli dan peniaga yang menyertai PLATS pada bulan Ramadhan?
-
Apakah rancangan seterusnya untuk membantu peniaga dalam peryertaan dalam perniagaan atas talian?
27) NAIKTARAF LEBUHRAYA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perkembangan terkini untuk projek naiktaraf jalan di lebuhraya B27.
-
Nyatakan perkembangan terkini untuk projek naiktaraf jalan di lebuhraya B3209.
28) KEBERSIHAN KAWASAN PELANCONGAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor memastikan kebersihan kawasan pelancongan dijaga dengan baik untuk keselesaan pelancong?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan masalah kekotoran dan infrastruktur yang tidak sempurna di Hutan Rimba Kanching Rawang?
29) PENCEMARAN UDARA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan index kualiti udara dan air sungai sejak bulan Januari 2020 hingga kini.
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk memastikan kualiti udara dan air sungai adalah dalam tahap yang baik?
30) HOTSPOT BANJIR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Selangor mempunyai berapa hotspot banjir sehingga kini?
-
Apakah rancangan untuk penyelesaian hotspot banjir ini?