Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
171) BANJIR KILAT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak berkaitan mempunyai solusi kepada masalah banjir kilat yang sering berlaku di Taman Serendah Makmur,Serendah dan juga di persimpangan tol Bukit Beruntung yang berpunca daripada masalah sistem perparitan yang tidak di selia dengan baik?
172) PROSEDUR TERKINI PENYAMPAIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah prosedur terkini penyampaian sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
-
Adakah berlaku sebarang penyelewengan wang atau ketidakpatuhan prosedur semenjak skim ini diperkenalkan? Nyatakan.
173) PROGRAM AIR PERCUMA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak Kerajaan Negeri akan tetap melaksanakan penjajaran semula Program Air Percuma dengan memfokuskan kepada golongan B40 semata-mata seperti yang dicadangkan dalam Belanjawan Negeri 2019?
-
Selain dari faktor penjimatan, apakah justifikasi lain di sebalik keputusan penjajaran semula Program Air Percuma?
174) TKPM SUNGAI KELAMBU DI RIZAB HUTAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini daripada Jabatan Perhutanan Selangor dalam permohonan Jabatan Pertanian untuk menjadikan hutan simpanan Kuala Langat Selatan di Sungai Kelambu untuk tujuan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)?
175) RUMAH IBADAT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan menstruktur semula rumah-rumah ibadat yang didirikan secara haram bagi mengelakan kes seperti kuil Mahamariaman di Seafield USJ?
-
Apakah tindakan pihak PBT untuk mengawal pembinaan rumah ibadat persendirian yang didirikan di dalam kompound persendirian penduduk Taman?
176) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan semua kajian yang telah dilaksanakan oleh IDE dari tahun 2015-2016?
-
Berapakah jumlah peruntukan atau geran tahunan yang diperuntukan untuk operasi IDE?
-
Nyatakan jumlah kakitangan IDE setakat ini?
177) PROJEK NAIKTARAF JALAN BUKIT KEMUNING FT190
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan kerajaan berkenaan jalan ini dan apakah status terkini cadangan projek naiktaraf Jalan Bukit Kemuning FT190?
-
Apakah tindakan kerajaan dalam usaha membaiki jalan ini sementara menunggu kelulusan projek naiktaraf?
178) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menambah peruntukan untuk Bas Smart Selangor untuk tahun 2020?
-
Memandangkan DUN Pandamaran memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam melalui Pekan Pandamaran, Kampung Raja Uda dan Pekan Pelabuhan Klang, oleh itu adakah Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan permohonan ini?
179) STATUS TERKINI ISU PEMANSUHAN SUBSIDI AIR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini berkaitan dengan isu air yang dikatakan mahu dinaikkan kadarnya serta pemansuhan subsidi air?
180) MEMPERKENALKAN BANK DATA PEMOHON IPR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri dalam memperkenalkan bank data bagi pemohon IPR melalui satu sistem digital atau portal bagi memudahkan perekodan permohonan dan pengurusan Kerajaan Negeri ?