Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
181) SMART SELANGOR PARKING
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik bilangan pengguna berdaftar dan pengguna aktif aplikasi ini?
-
Berapa transaksi dan hasil daripada aplikasi pintar ini berbanding bayaran lama?
-
Mengapa terdapat PBT yang belum menggunakan applikasi ini?
182) PENGGUNAAN ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor telah meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti agensi-agensi kerajaan? Nyatakan bilangan dan jenis maklumat yang dirujuk?
183) EKONOMI NELAYAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan ekonomi nelayan tradisional? Apakah jenis jenis bantuan atau subsidi daripada pihak kerajaan ækepada nelayan?
-
Apakah kategori kelayakan nelayan untuk mendapat subsidi?
184) MASTER PLAN LABU LANJUT 2.0
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini cadangan "Master plan Labu Lanjut 2.0" terutama keatas pengambilalihan dan menaiktaraf jalan-jalan PLB ækepada MPSepang?
-
Apakah rancangan alternatif bagi mengatasi kesesakan di waktu puncak terutama di sekitar kawasan Kampung Labu Lanjut, Giching dan Salak Tinggi?
185) STATUS PROJEK TRANSLOKASI LEMBU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek translokasi lembu di Olak Lempit?
-
Apakah langkah PBT untuk menangani isu lembu kementerian
186) DANA KHAS PEMBANGUNAN PERTANIAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan dana khas pertanian untuk rakyat yang ingin membangunkan tanah mereka untuk projek tanaman yang boleh meningkat pendapatan petani?
-
Selain daripada dana, adakah kerajaan berhasrat membantu petani dengan bantuan benih tanaman yang ditentukan oleh kerajaan?
187) PROGRAM 3W (WOMEN, WELFARE, WELLNESS)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apakah matlamat Program 3W (Women, Welfare, Wellness)?
-
Apakah keberkesanan dan KPI Program 3W dicapai setakat ini?
-
Berapa jumlah yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri?
188) BILANGAN WARGA ASING YANG TINGGAL DALAM SETIAP RUMAH STRATA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Banyak aduan dibuat oleh penduduk Selangor berkenaan terlalu ramai bilangan warga asing yang tinggal dalam satu rumah terutamanya di rumah jenis Strata (Contoh: 10 orang tinggal di 1 flat). Apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam mengendalikan isu ini?
189) MANGSA BENCANA RIBUT DI KAWASAN DUN SUNGAI BURONG DAN PERMATANG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu mangsa bencana ribut yang telah melanda 9 buah kampung di DUN Sg. Burong dan Permatang pada 10 hb Februari 2019 yang lalu?
190) ISU PENTERNAKAN KERANG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah faktor pengurangan hasil ternakan kerang khususnya di Kuala Selangor?
-
Apakah langkah Kerajaan dalam memastikan kelestarian habitat kerang terpelihara?
-
Apakah langkah untuk membantu meningkatkan pendapatan para nelayan secara amnya dan penternak kerang khasnya?