Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
61) KOLAM TADAHAN TAMAN MELAWIS, KLANG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek kolam tadahan Taman Melawis?
-
Berapakah peruntukan yang dipohon untuk projek ini?
-
Bagaimankah kerajaan negeri dapat membantu dari segi kewangan untuk mempercepatkan proses pengambil tanah tersebut supaya projek dapat dijalan dengan cepat?
62) PENGURUSAN SAMPAH DI KAWASAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperbaiki dan mengatasi masalah ini?
63) TENAGA SOLAR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah bangunan Kerajaan Negeri mempunyai tenaga Solar?
-
Apakah sasaran untuk 2019?
64) KEBAJIKAN PEMBELI RUMAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah pendekatan dan dasar Kerajaan Negeri dalam membela kebajikan golongan pembeli rumah yang gagal disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan oleh pihak pemaju?
65) ZON BERSIH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan mengaktifkan semula program zon bersih sebagai usaha membersihkan kawasan-kawasan hotspot didalam Negeri Selangor?
-
Apa perancangan kerajaan tentang program zon hijau dan negeri hijau?
66) NAIKTARAF JALAN PLB
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah kerajaan dalam usaha menaiktaraf jalan-jalan PLB terutama jalan-jalan kampung?
-
Apakah terdapat cadangan menambah peruntukan bagi menaiktaraf jalan-jalan PLB ini?
67) PEMERKASAAN EKONOMI DENGAN NEGARA SERANTAU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam merancakkan kegiatan ekonomi melalui kerjasama simbiosis di antara pelabur-pelabur asing khususnya dari negara-negara jiran untuk melabur di Negeri Selangor?
68) KEMPEN BEBAS PLASTIK DAN POLISTIRENA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran "sifar beg plastik" sejajar dengan "Road Map Zero Single-Use Plastic 2018-2030" yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)?
69) SKIM INSENTIF PEDULI RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak UPEN mempunyai rancangan untuk menyatukan semua skim IPR di dalam satu sistem IPR sahaja.
-
Adakah Kerajaan Negeri mahu menilai semula skim IPR yang telah dimansuhkan seperti insentif perkahwinan, TAWAS, Pemberian subsidi Air dsb.
70) PENJUALAN ASET NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan secara terperinci semua aset Kerajaan Negeri yang telah dijual?
-
Apakah faktor penjualan tersebut?
-
Nyatakan peratusan jumlah wang rizab negeri hasil dari penjualan tersebut?