Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
81) RUMAH SMART SEWA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan unit rumah Smart Sewa diseluruh Negeri Selangor? sila nyatakan mengikut DUN atau daerah
-
Apakah masa depan kepada penyewa rumah Smart Selangor ini selepas tempoh 5 tahun?
82) ISU KESESAKAN DI JALAN BESAR, SERI KEMBANGAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak JKR diberikan peruntukan untuk menaik taraf Jalan Besar, Seri Kembangan untuk menyelesaikan isu kesesakan?
-
Jika ada, apakah rancangan tersebut?
83) STRATEGI INSTITUT WANITA BERDAYA MENCAPAI SASARAN 30 PERATUS WANITA DI SEMUA PERINGKAT PEMBUAT DASAR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi yang dirancang oleh kerajaan melalui Institut Wanita Berdaya bagi mencapai sasaran 30 peratus wanita di dalam semua peringkat pembuat dasar dan keputusan di bawah kerajaan?
84) SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apa jenis projek Smart Selangor yang dirancang dan dilaksanakan pada tahun 2018-2019?
-
Berapa jumlah peruntukan yang disalurkan kepada SSDU pada tahun 2018 dan 2019?
85) PEMBERDAYAAN WARGA MISKIN BANDAR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memberdayakan warga yang berdepan masalah kemiskinan bandar?
86) INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR) NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah penjajaran Kerajaan Negeri berkaitan inisiatif peduli rakyat?
87) CAPAIAN DAN KUALITI LIPUTAN WIFI SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan dalam memastikan capaian dan liputan WIFI Smart Selangor sentiasa memuaskan ?
-
Berapakah Kekerapan WIFI Smart Selangor ini diuji dan diselenggara?
88) PELABURAN DALAM NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk pelaburan baharu dalam negeri yang memberikan impak kepada peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
89) CUKAI ATAU FI TERHADAP PUSAT R&R LEBUHRAYA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah cukai atau fi yang boleh dikutip oleh Kerajaan dan PBT terhadap Pusat Rehat & Rawat (R&R) sepanjang lebuhraya bertol tetapi belum dan tidak pernah dikenakan sehingga sekarang?
-
Sekiranya kutipan dikenakan, berapakah jangkaan hasil tambahan yang boleh dikutip oleh kerajaan?
90) PEMBINAAN LOJI RAWATAN AIR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2, Labohan Dagang dan Semenyih?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan terkini untuk membina ketiga-tiga loji tersebut?
-
Nyatakan kekangan untuk memastikan projek ini siap mengikut tarikh yang ditetapkan?