Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
21) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah projek-projek terbengkalai di Bandar Armada Putra, Pulau Indah sehingga menjejaskan pemandangan para pelancong yang datang ke Star Cruise?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memulihkan projek-projek ini agar Bandar Armada Putra dapat dibangunkan semula?
22) PUSAT TUISYEN RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk bekerjasama dengan semua sekolah-sekolah yang berada di Negeri Selangor?
-
Sejauh manakah keberkesanan Program Pusat Tuisyen Rakyat Selangor ini
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan lagi Program Pusat Tuisyen Rakyat Selangor kepada sekolah-sekolah di negeri ini?
23) PEWARTAAN TANAH JETI-JETI NELAYAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Selangor akan memulakan proses pewartaan tanah bagi kesemua 52 tanah jeti nelayan di Negeri Selangor?
-
sejak dilaksanakan?
24) PENJAJARAN PROGRAM-PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR) NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap penjajaran semula Program-Program IPR Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memaklumkan kepada umum mengenai Program-Program Inisiatif Peduli Rakyat yang telah diberhentikan?
25) MODERN PIG FARMING DI DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk mempercepatkan pelaksanaan Modern Pig Farming di Daerah Kuala Langat?
-
Bilakah projek Modern Pig Farming tersebut akan dilaksanakan?
26) PEWARTAAN TANAH KAMPUNG ORANG ASLI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif dalam melakukan pewartaan tanah bagi Kampung Orang Asli di Negeri Selangor?
27) INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan apakah inisiatif Kerajaan dalam segi pembangunan infrastruktur untuk membantu industri pelancongan?
-
Nyatakan fungsi dan laporan kewangan (tahun 2007-2019) untuk Syarikat TSSB.
28) PERKHIDMATAN FIBER OPTIK
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kawasan-kawasan yang masih tidak mempunyai perkhidmatan fiber optik di DUN Rawang.
-
Apakah tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut?
29) PROGRAM JOM SHOPPING
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan Jom Shopping voucher yang telah diedarkan setiap tahun mengikut DUN.
-
Apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan Jom Shopping voucher adalah diberi kepada golongan yang miskin?
30) PUSAT PENYEMBELIH AYAM
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri atas pembinaan Pusat Penyembelih Ayam DBKL di kawasan sempadan Selangor yang tidak mempunyai jarak zon penampan sejauh 500m?
-
Adakah pembinaan Pusat Penyembelih Ayam di kawasan DBKL tersebut memerlukan ulasan daripada Kerajaan Negeri disebabkan isu kegunaan jalan negeri dan ancaman keselamatan penduduk Selangor?