Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
61) KEBOLEHPASARAN GRADUAN UNISEL
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Pada tahun 2017 dan 2018, berapa ramaikah graduan tempatan UNISEL yang dilaporkan telah berjaya mendapat pekerjaan di Negeri Selangor?
-
Apakah jenis industri yang dipilih oleh graduan tempatan UNISEL yang bekerja di Selangor?
62) STATISTIK BUNUH DIRI DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik kes bunuh diri di Selangor bagi tahun 2018 mengikut pecahan DUN?
-
Bagi kes bunuh diri yang tidak berjaya (iaitu di mana mangsa tidak meninggal dunia), berapakah kes yang didakwa di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574)?
63) SKIM CERIA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Berapa bilangan permohonan Skim Ceria pada tahun 2017 dan 2018 yang diluluskan?
-
Apakah statistik bagi pembayaran kos baikpulih oleh JMB/ MC/ Persatuan Penduduk bagi tahun 2017 dan 2018 mengikut DUN?
64) CADANGAN PERSEMPADANAN SEMULA SPR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membuat pengesyoran kepada Suruhanjaya Pilihanraya bagi persempadanan semula yang bakal dijalankan pada tahun 2024?
65) PERMOHONAN PEMBATALAN PERWARTAAN SEBAHAGIAN TANAH RIZAB DAN PENGGANTIAN KAWASAN LAPANG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini permohonan pembatalan perwartaan sebahagian tanah rizab kawasan lapang seluas 0.46 ekar yang telah diambil bagi tujuan kegunaan awam sebagai tapak tambahan rumah ibadat bukan islam sediada (Kuil Subramaniar) di Jalan PJS 7/13 dan penggantian kawasan lapang di sebahagian tanah kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681 (PN 17395) Mukim Damansara, Daerah Petaling?
66) STATUS PENYATUAN TANAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah status penyatuan tanah PN 8623 Lot 49365 Mukim Petaling dan PM 130 Lot 37563 Mukim Damansara?
-
Apakah yang langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh pemaju untuk memberikan hakmilik strata kepada penduduk pangsapuri kos rendah atas tanah-tanah tersebut?
67) WABAK DENGGI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan kes denggi daripada Januari 2018 hingga Februari 2019 dengan pecahan bulan dan pecahan DUN.
-
Nyatakan bilangan kes kematian akibat denggi untuk tempoh masa yang sama.
68) PENGGANTIAN PAIP AIR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan senarai kawasan yang akan digantikan paip air mengikut keutamaan untuk tahun 2019.
69) DASAR PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah pendirian Negeri Selangor berkenaan cadangan untuk mengekalkan kawasan lapang/ kawasan rekreasi/ taman permainan terutamanya di kawasan yang sudah mempunyai pembangunan yang tepu?
70) PROGRAM MEMBANGUNKAN USAHAWAN TEMPATAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Apakah agensi-agensi kerajaan yang membantu pembangunan usahawan tempatan dan usahawan belia? Sila senaraikan agensi-agensi tersebut dan peranan mereka.