Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

71) MASALAH KENALPASTI GOLONGAN B40

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah Kerajaan Selangor mengenalpastikan golongan B40?

    Klik jawapan »

  2. Adakah taksiran B40 di Selangor berlainan dengan negeri lain memandangkan kos kehidupan di Selangor, terutamanya kawasan bandar adalah jauh lebih tinggi daripada tempat-tempat lain?

    Klik jawapan »

72) PEMBAYARAN CAJ LETAK KERETA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis


  1. Perak telah melancarkan aplikasi pintar letak kereta, iaitu Park@Perak demi memudahkan cara pembayaran caj letak kereta di seluruh negeri, adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk berbuat demikian juga?

    Klik jawapan »

73) SISTEM E-ADUAN PBT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis


  1. Terdapatnya masalah kenalpasti pihak yang patutnya bertanggungjawab terhadap aduan lubang jalan, lampu jalan yang tidak berfungsi atau masalah-masalah lain semasa rakyat jelata ingin membuat aduan terhadap masalah-masalah tersebut, terutamanya kawasan-kawasan yang berada di sempadan antara dua PBT. Masalah ini bertambah serius semasa semua PBT tiada satu sistem yang sama untuk menerima aduan. Hal ini menyebabkan ahli-ahli majlis menjadi orang tengah yang menguruskan aduan dan masa yang boleh digunakan oleh mereka untuk membuat polisi telah dikurangkan. Adakah Kerajaan Selangor berhasrat untuk mengeluarkan satu aplikasi atau sistem untuk menyelaraskan semua aduan PBT demi memudahkan kaedah PBT-PBT menerima aduan daripada rakyat?

    Klik jawapan »

74) JAMBATAN DI ATAS LANDASAN KERETAPI JALAN DESA SERDANG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Bertulis


  1. Adakah pihak Kerajaan menpunyai rancangan untuk melebarkan jambatan ini dan seterusnya menaik taraf Jalan Desa Serdang untuk menyelesaikan isu kesesakan di sepanjang jalan ini?

    Klik jawapan »

75) TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Bertulis


  1. Memohon perincian jumlah pelaburan oleh TAWAS dan pulangannya sejak tahun ia mula diperkenalkan sehingga 2018.

    Klik jawapan »

76) SENARAI NAMAI E-KASIH DUN BANTING

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan senarai nama terkini penerima bantuan Kerajaan di bawah pengkalan data e-kasih bagi DUN Banting serta butiran-butiran seperti nombor kad-pengenalan, alamat dan nombor telefon serta nilai bantuan yang pernah diterima.

    Klik jawapan »

77) SENARAI NAMA TAMAN PERUMAHAN YANG MENERIMA TONG SAMPAH 120 LITER DI DUN BANTING

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan taman-taman perumahan atau kawasan penempatan di kawasan DUN Banting yang pernah menerima sumbangan tong sampah 120 liter beroda yang dibiayai sama oleh MDKL atau Kerajaan Negeri sejak tahun 2013.

    Klik jawapan »

78) SENARAI PROGRAM ANTI NYAMUK DUN BANTING

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan program-program anti nyamuk anjuran MPP, MDKL atau PKD di DUN Banting sejak tahun 2013 sehingga tahun 2018 mengikut setiap zon Ahli Majlis atau MPP.

    Klik jawapan »

79) PERUNTUKAN AHLI MAJLIS MDKL SEJAK TAHUN 2013

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Setiap ahli majlis diberi peruntukan RM40,000 untuk aktiviti dan program di zon dan MPP masing-masing. Senaraikan butiran terperinci kegunaan peruntukan untuk kesemua Ahli Majlis MDKL pada tahun 2013 hingga 2017. Butiran terperinci perlu mengandungi tarikh program, nama program, penerima sumbangan dan amaun yang terlibat.

    Klik jawapan »

80) KEHADIRAN AHLI MAJLIS MDKL SEJAK 2017

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan kehadiran setiap seorang Ahli Majlis MDKL ke mesyuarat MDKL yang dianggotai masing-masing sepanjang tahun 2017 dan 2018 mengikut nama Ahli Majlis dan mesyuarat Jawatankuasa yang dihadirinya.