Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
81) PERMOHONAN LESEN MINUMAN KERAS DI KUALA LANGAT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan setiap satu permohonan Lesen Minuman Keras yang telah dikemukakan kepada Lembaga Perlesenan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat dan nyatakan sama ada permohonan itu diluluskan, ditolak dan ditangguhkan. Nyatakan sebab ditolak atau ditangguh untuk permohonan yang berkaitan.
82) JALAN MENGHUBUNGI SUNGAI KELAMBU DAN GENTING SANYEN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan bercadang untuk membina Jalan menghubungi Sungai Kelambu dan Genting Sanyen yang menelan belanja RM11 juta. Apakah status projek ini pada masa sekarang?
83) PEMBINAAN MASJID CINA ISLAM DI BANDAR BARU KLANG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini tentang pembinaan masjid Cina Muslim yang diperuntukkan RM2.5 juta yang bakal dibina pada tahun 2019 di Bandar Baru Klang?
84) BAHASA-BAHASA ETNIK RUMPUN MELAYU
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Selangor dalam memulihkan pembelajaran bahasa bahasa etnik rumpun Melayu yang dikhuatiri akan pupus dalam masa 20 tahun?
85) RIZAB TUNAI DAN KEWANGAN MDKL
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak rizab tunai yang berada dalam simpanan MDKL sehingga sekarang?
-
Berikan analisa terhadap trend kutipan hasil dan perbelanjaan dan liabiliti yang ditanggung MDKL untuk tempoh lima tahun kebelakangan ini dengan penjelasan terhadap sebarang kenaikan atau penurunan yang drastik.
86) PEMBINAAN JENJANTAS DI JALAN BATU UNJUR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Terdapat banyak flat dan sebuah sekolah vokasional di Jalan tersebut. Adakah JKR dapat membina dua buah jejantas di jalan tersebut untuk keselamatan penduduk?
87) PARIT DI MPK
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Parit/ longkang yang lebih dari 1.5m tidak akan diselenggara oleh KDEB. Oleh itu adakah pihak MPK akan menyelenggara dalam masa yang tertentu?
-
Nyatakan jangka masa penyelenggaraan parit/ longkang yang lebih 1.5m.
88) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Peruntuk MARRIS untuk setiap DUN adalah RM3 juta. Adakah Kerajaan Negeri dapat menambah peruntukan tersebut ke RM5 juta setiap DUN memandangkan kos penyelenggaraan semakin tinggi?
-
Bolehkah Kerajaan Negeri dapat menambah syarat dari menyelenggara ke menaiktaraf bagi peruntukan MARRIS?
89) PARIT DI BELAKANG LORONG HILIR 8
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Parit tanah ini perlu dinaiktaraf ke longkang "concrete U drain" untuk mengatasi kehakisan tanah. Adakah pihak MPK/JPS akan melaksanakan dengan menggunakan peruntukan MARRIS?
90) TELEKOM MALAYSIA (TM)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Tindak balas dari TM tidak begitu memuaskan. Apakah tindakan dari Kerajaan Negeri supaya dapat memberi tekanan kepada TM untuk bertindak cepat?
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat bekerjasama dengan kementerian untuk memastikan TM ataupun agensi swasta dapat menyelesaikan aduan dengan segera?
-
Apakah cara yang boleh diguna untuk bekerjasama dengan kementerian?