Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
1) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan prestasi kewangan terkini Negeri Selangor dari segi jumlah dalam Akaun Bersatu (Consolidated Fund) dan dalam simpanan
-
Sila senaraikan tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan prestasi Kewangan Neger
2) INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR) NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah dana yang diperuntukkan untuk setiap program IPR bawah Kerajaan Negeri?
-
Apakah program-program IPR yang masih aktif dan apakah program-program yang telah diberhentikan?
-
Sudahkah kita memuktamadkan proses pengemaskinian, terma dan syarat untuk program KISS dan Peduli Sihat?
3) MAJLIS PELANCONGAN DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan, halatuju dan objektif penubuhan Majlis Pelancongan Daerah Kuala Selangor yang diwujudkan oleh YAB Dato' Menteri Besar ketika lawatan kerja ke daerah Kuala Selangor?
-
Apakah perancangan jangka panjang jawatankuasa ini serta peruntukan yang disediakan bagi mencapai matlamatnya?
4) KEMPEN BEBAS PLASTIK
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan dasar-dasar Kerajaan Negeri bagi pengurangan penggunaan plastik di Selangor.
-
Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh PBT terhadap pengusaha yang tidak mematuhi syarat larangan penggunaan plastik?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang menyalurkan peruntukan kepada ADN untuk menganjurkan program Kempen Bebas Plastik?
5) PELUANG PEKERJAAN UNTUK GOLONGAN ANAK MUDA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah telah ada kerangka besar pembangunan anak muda yang kini merupakan lebih 40% warga Selangor?
-
Apakah peluang pembangunan ekonomi kepada anak muda?
-
Apakah perancangan kepada anak muda yang tidak dapat memasuki IPT dan Pusat Kemahiran TVET?
6) PENGLIBATAN SEKTOR SWASTA DALAM PENAIKTARAFAN PADANG AWAM MILIK KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah garis panduan atau undang-undang sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) ingin melaksanakan usahasama ("Joint Venture") dengan pihak swasta untuk menaiktaraf infrastruktur padang-padang awam yang diselenggara oleh PBT?
7) PROJEK PERUMAHAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah projek perumahan rumah Selangorku yang telah, sedang dan akan dibina di Negeri Selangor mengikut pecahan DUN?
-
Berapakah jumlah pemohon rumah Selangorku sejak tahun 2014 sehingga kini?
8) KESIHATAN MENTAL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jenis sokongan yang akan diberi oleh Kerajaan Negeri berkenaan usaha untuk mendapatkan lindungan insurans bagi penyakit mental.
9) JUMLAH KUTIPAN HASIL TAHUN 2018
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kutipan hasil premium tanah dan cukai pintu bagi tahun 2018 dan perbandingan dengan sasaran yang ditetapkan?
10) PENCAWANG TELCO
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Bilakah pencawang telco dapat dibina di kawasan kampung tradisi?