Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
251) PRESTASI KEWANGAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi pendapatan dan perbelanjaan kewangan negeri pertengahan tahun 2019
-
Apakah perancangan pertengahan kedua atas pengurusan kewangan Negeri Selangor?
252) WIFI SMART SELANGOR DI KAWASAN KAMPUNG BARU SUNGAI JAROM
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Pemasangan dan kualiti perkhidmatan WiFi Smart Selangor di kawasan Kampung Baru Sungai Jarom diadu sebagai tidak stabil dan sering terputus. Apakah punca kepada masalah itu dan apakah perjanjian perkhidmatan pembekal internet kepada kerajaan untuk memastikan perkhidmatannya mematuhi?
253) TANAH PERTANIAN MILIK KERAJAAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan kepada pemilik yang menyewakan tanah kepada kepada warga asing terutama di Revolusi Hijau Johan Setia?
-
Apakah tindakan Kerajaan terhadap pendatang asing yang tidak mempunyai permit kerja yang mengusahakan tanah kerajaan?
254) KILANG PLASTIK HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan kilang yang telah diambil tindakan untuk memotong bekalan elektrik dan bekalan air di Majlis Perbandaran Klang
-
Adakah cara yang sama akan digunapakai terhadap kilang haram yang mendatangkan kacauganggu terutamanya pencemaran air, udara dan bunyi?
255) SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI KAPAR INDAH
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Bilakah penduduk di Taman Sungai Kapar Indah akan memperolehi sebuah sekolah rendah agama sendiri?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan pendidikan di Sekolah Rendah agama adalah percuma kepada semua pelajar?
256) BANJIR KILAT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Apakah persediaan Kerajaan Negeri sekiranya berlaku banjir kilat?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi membantu mangsa banjir kilat dari 2016-2018 dalam kawasan Hulu Langat
257) PTRS – DUN KOTA DAMANSARA N39
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Agensi manakah yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir program PTRS bagi tahun ini dan 5 tahun yang lalu (2014-2018)?
-
Berapakah dan siapakah (guru/pengajar dan murid-murid) yang telah terlibat dalam tempoh program tersebut mengikut tahun?
258) PERLOMBONGAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Butirkan hasil kewangan kepada Kerajaan Negeri daripada aktiviti perlombongan, termasuk pasir dan mineral lain.
-
Apakah potensi yang ada untuk mengembangan aktiviti dan hasil perlombongan di Selangor pada masa akan datang?
259) PROGRAM AIR PERCUMA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah rumah yang dapat air percuma di Selangor? Sila senaraikan mengikut isi pendapatan rumah.
-
Berapa jumlah yang perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri untuk meneruskan program air percuma?
260) MASALAH PENIAGA RUNCIT WARGA ASING
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri akan mengarahkan PBT-PBT untuk menggubal UUK bagi tambahan syarat pengeluaran lesen dan tred masing-masing dalam mengekang masalah peniaga-peniaga kedai runcit dan alibaba lesen kepada warga asing?
-
Apakah syarat-syarat tambahan dan langkah-langkah yang difikirkan untuk mengatasinya?