Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
1) PENTERNAKAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang untuk sektor penternakan?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk mencapai sasaran penambahbaikan ini?
-
Berikan beberapa contoh projek dikategorikan cemerlang yang telah dicapai.
2) PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN JKM
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua penerima bantuan kebajikan yang terkini di DUN Permatang serta jenis dan jumlah amaun bantuan yang diterima oleh mereka setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3) PENERIMA BANTUAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua penerima bantuan kebajikan yang terkini di DUN Permatang serta jenis dan jumlah amaun bantuan yang diterima oleh mereka setiap bulan daripada Lembaga Zakat Selangor.
4) TAPAK MASJID DAN SURAU YANG TELAH DIGAZETKAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah tapak yang telah digazetkan di daerah Kuala Selangor khususnya di DUN Permatang?
5) BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan permohonan yang telah diterima untuk semua sekolah di dalam DUN Permatang.
-
Nyatakan jumlah amaun yang telah diluluskan untuk setiap satu permohonan tersebut bermula dari tahun 2017-2019
6) PENJAJARAN PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah sebab utama penjajaran program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dilaksanakan di saat rakyat sedang dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menyemak semula program TAWAS yang telah dihapuskan sebelum ini?
7) PELANCONGAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah sebenar kemasukan pelancong luar negara ke Selangor tahun 2018 & 2019?
-
Apakah manfaat ekonomi yang Selangor perolehi daripada pelancong luar?
-
Berikan statistik berkaitan pelancong domestik di Selangor dan berapa jumlah nilai ekonomi pelancong domestik?
8) SUKAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Selangor kini tertinggal dalam bidang sukan khususnya kepada Negeri Terengganu dan Johor. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk kembali menjadi jaguh dalam sukan bola sepak, sukan air, padang dan balapan?
9) ALAM SEKITAR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Pencemaran air, udara serta alam sekitar membimbangkan rakyat. Apakah perancangan serta kawalan yang sedang dibuat serta perancangan bagi mengawal agar tidak akan berlaku pencemaran alam sekitar?
10) SMART TAHFIZ UNISEL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah had pelajar bagi setiap sesi pengambilan?
-
Berapakah jumlah keseluruhan pelajar mengikut tahun 2016 sehingga kini?
-
Berapakah jumlah pelajar yang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi mengikut bidang pengajian dan institut?