Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
161) PEMBINAAN JALAN PINTAS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Bagi merancakkan pembangunan di kawasan Batang Kali khususnya di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk menyambung semula cadangan pembinaan jalan pintas (missing link) yang sebelum ini telah dirancang yang sebelum ini menghubungkan jalan dari Kelab Golf Bukit Beruntung ke Taman Widuri? Ini dapat memendekkan masa perjalanan serta meningkatkan sosio ekonomi setempat. Diharap agar rancangan ini dapat diteruskan untuk kesejahteraan rakyat di Batang Kali.
162) SURAT HAK MILIK TANAH
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Untuk makluman, penduduk di Bandar Sungai Buaya sehingga kini rumah yang mereka duduki masih lagi belum mendapat hak milik individu walaupun mereka telah menetap hampir 20 tahun. Apakah usaha usaha atau inisiatif dari pihak Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah ini?
163) CAJ PARKIR KENDERAAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah kandungan terperinci dalam perjanjian caj parkir kenderaan yang terikat dengan Syarikat Suasa Efektif Sdn Bhd bersama PBT dalam Selangor?
164) SUMBANGAN CSR PEMAJU KAWASAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah sumbangan pemaju dalam bantuan CSR di dalam kawasan DUN?
165) MEMANTAU PEMBANGUNAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kilang-kilang industri yang berlesen ada di dalam kawasan DUN Jeram?
166) CUKAI PINTU PBT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah cukai pintu yang diperolehi dalam kawasan DUN Jeram?
167) PEMUTIHAN KILANG BERDAFTAR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Berikan senarai nama kilang-kilang industri yang berdaftar di dalam DUN Jeram.
168) HAD UMUR BELIA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mengikut taraf had umur belia yang diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia iaitu belia dikira berumur bawah 30 tahun?
169) KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan EXCO untuk menaiktarafkan taraf kampung tradisi melalui program kebudayaan dan warisan?
-
Adakah tidak peruntukan yang diberikan kepada kampung tradisi untuk membangunkan produk-produk berpotensi tempatan?
170) PERUNTUKAN SEKOLAH DALAM SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan baik pulih sekolah-sekolah dalam Negeri Selangor?
-
Apakah jenis-jenis bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada sekolah yang beroperasi dalam Selangor?