Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
71) PEMBANGUNAN TERBENGKALAI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah pembangunan terbengkalai di sebelah Damen antara Persiaran Subang Permai dan Persiaran Subang?
72) PENGUATKUASAAN SHIFT MALAM
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan anggota penguatkuasa untuk shift malam bagi setiap Majlis.
73) KOS KOLAM TADAHAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kos kolam tadahan yang dicadangkan untuk dibina di sebelah Jalan Industri USJ 1/15.
74) IBU TUNGGAL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Berapakah ibu tunggal yang telah mendaftarkan diri di Selangor?
75) TANAH YANG AKAN DISERAH BALIK KEPADA KERAJAAN SELEPAS PROJEK PEMBENTUNGAN LANGAT DISIAPKAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Dimaklumkan bahawa sebahagian loji rawatan kumbahan yang digunakan sekarang akan ditutup dan tanah yang terlibat akan diserah balik kepada Kerajaan selepas Projek Pembentungan Langat disiapkan. Apakah butiran tentang tanah yang terlibat?
76) SENARAI DAN JUMLAH GLC, BADAN BERKANUN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan senarai penuh jumlah Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) yang dimiliki penuh dan sebahagian, dan juga syarikat yang dimiliki secara lansung dan tidak langsung oleh GLC Kerajaan Negeri ini. Sila juga lampirkan senarai pengarah syarikat ini dan tarikh pelantikan.
-
Sila nyatakan jumlah Badan Berkanun Kerajaan Negeri dan senarai pengarah dan tarikh pelantikan.
77) PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI KAWASAN SERI KEMBANGAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Bertulis
-
Berapa projek/jumlah rumah mampu milik yang telah dibina dalam masa 3 tahun lepas?
-
Berapa projek/jumlah rumah mampu milik yang akan dibina dalam masa 3 tahun yang akan datang? Sila nyatakan nama projek.
78) KOS OPERASI BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos terperinci operasi Bas Smart Selangor untuk tahun 2018 dan tahun 2019?
79) PENJIMATAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Memohon data penjimatan yang berjaya dilakukan dari segi perolehan Kerajaan Negeri dari tahun 2016 sehingga 2019.
80) RIZAB PBT BAGI TEMPOH 5 TAHUN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Memohon data dan perincian jumlah rizab bagi setiap PBT di Negeri Selangor bagi tempoh lima tahun