Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
21) DANA USAHAWAN KAUM INDIA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah itu SITHAM?
-
Apakah peranan SITHAM dalam pengagihan dana usahawan kaum india dan berapakah jumlah pemohon yang telah menerima dana tersebut?
-
Berapa jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk program ini?
22) MASALAH PENGURUSAN PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Prihatin Selangor telah menyediakan berpuluh ribu rumah kos pangsapuri rendah di bawah Skim Rumah Selangorku. Apakah perancangan Kerajaan Negeri sekiranya pihak JMB atau berkaitan tidak mampu menguruskan rumah-rumah ini akibat yuran penyelenggaraan yang terlalu rendah atau tidak dibayar?
23) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi terkini akaun bersatu dan dalam simpanan rizab Kerajaan Negeri sehingga September tahun 2019?
-
Nyatakan perbezaan dari tahun 2017, 2018 dan sehingga september 2019 rizab Kerajaan Negeri Selangor?
24) KLUSTERISASI GUGUSAN-GUGUSAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program klusterisasi seperti yang telah diumumkan di dalam pembentangan bajet yang lalu?
25) PROSES PEWARTAAN STATUS TANAH BAGI 52 JETI-JETI NELAYAN DI NEGERI SELANGOR BAGI MEMBOLEHKAN PEMBANGUNAN DAN BAIKPULIH JETI-JETI NELAYAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor telah mula melakukan proses Pewartaan Status Tanah bagi 52 Jeti-jeti Nelayan di Negeri Selangor?
-
Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor telah mula melakukan proses pewartaan, apakah status proses pewartaan tersebut dan bila dijangka siap?
26) KILANG SISA PLASTIK IMPORT HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Memandangkan tolakan dari orang awam yang tegas terhadap kilang sisa plastik import haram, Apakah polisi kerajaan Selangor berkenaan perkara sebegini ?
-
Berapa permit telah dikeluarkan untuk kelulusan proses sisa-sisa plastik import?
27) MENAIKTARAF PUSAT PELANCONGAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Senaraikan projek menaiktaraf pusat pelancongan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2019?
-
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf pusat pelancongan di Selangor pada tahun 2019?
28) KAD PEDULI SIHAT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memansuhkan kuota/bilangan penerima yang had di dalam sesebuah kawasan DUN?
29) PEMBAKARAN TERBUKA DI TANAH PERSENDIRIAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menangani pembakaran terbuka oleh pekebun bagi tujuan pertanian?
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu pembakaran belukar diatas tanah yang tidak diketahui pemiliknya terutama di kawasan Revolusi Hijau Johan Setia?
30) PRESTASI KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD (KDEBWM) MENGURUSKAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah jumlah peruntukan dan kos perbelanjaan kepada KDEBWM untuk menguruskan pungutan sisa pepejal bagi seluruh PBT Selangor?
-
Apakah jumlah peruntukan dan kos perbelanjaan ke tapak pelupusan sampah pada tahun 2017, 2018, 2019 mengikut setiap pihak berkuasa tempatan?