Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
271) ISU BANJIR JALAN B27
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Berapa kali berlaku bencana banjir di Jalan B27 ÒMissing LinkÓ pada tahun 2008 hingga 2019?
-
Apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut?
272) PROJEK CCTV SSDU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah progres projek CCTV oleh SSDU di Subang Jaya?
-
Adakah projek tersebut akan mengkaji penggunaan CCTV untuk penguatkuasaan kesalahan trafik?
273) PELUANG PEKERJAAN UNTUK GRADUAN MENGANGGUR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada para lepasan universiti daripada kalangan anak Negeri Selangor?
274) SMART IPR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini SMART IPR?
-
Nyatakan jumlah penerima IPR dalam data bank setakat ini mengikut skim IPR dan kawasan DUN.
275) PROJEK NAIKTARAF JALAN DI DUN SUNGAI KANDIS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah status 2 projek yang tertangguh iaitu Projek Pembinaan Jalan Alternatif Shah Alam - Banting (Pakej 1 : CH 0.00 - CH 1200.00) dan Projek naik taraf Kg Lombong?
-
Apakah punca tertangguhnya 2 projek ini dan jaminan ia tidak berulang?
276) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah terkini Rizab Kerajaan?
-
Apakah usaha Kerajaan dalam memastikan kedudukan Rizab Kerajaan dalam keadaan yang sihat?
277) ISU PEMILIKAN TANAH KAMPUNG SERI TANJUNG MUKIM DENGKIL, DAERAH SEPANG, SELANGOR.
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah status pemilikan tanah terhadap keluarga yang telah lama menetap di Kampung Sri Tanjung Mukim Dengkil?
278) PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Senaraikan secara terperinci peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri melalui jabatan-jabatan pada 2019?
-
Nyatakan peratusan peruntukan yang tidak digunakan mengikut jabatan?
279) LOJI PEMBENTUNGAN TERBIAR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Loji pembentungan yang tidak beroperasi dan telah serah kepada JPP tidak dijaga dan menimbulkan masalah pembiakan nyamuk denggi, menjadi tapak sampah haram dan sebagainya. Apakah tindakan yang akan diambil demi menyelesaikan masalah ini?
280) KEBANJIRAN WARGA ASING
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha dan langkah-langkah bagi mengatasi kebanjiran warga asing yang menjadi peniaga kedai runcit dan kedai gunting rambut?